Monday, February 7, 2011

Thanks TUDM


Inilah pengalaman yang paling berharga saya kira sepanjang 12 hari darurat di Egypt.saya dapat menaiki pesawat TUDM dari Cairo ke Jeddah.kapal terbang yang kami naiki Charlie 6.

Saya akan cuba sampaikan pengalaman berharga ini dengan cara comparative dengan layanan yang diterima semasa menaiki pesawat commercial. Dan untuk pengetahuan umum, saya menulis entry ini semasa saya dalam pesawat TUDM!

Pintu Masuk

(Pesawat Commercial)

Akan disediakan tangga dan pintu di bahagian sisi pesawat

(Pesawat tentera)

Kami perlu masuk melalui bontot pesawat! Seronok gila! First time masuk ikut pungkoq kapal terbang.

Sambutan

(Pesawat Commercial)

Akan ada pramugari-pramugari lawa menunggu di pintu masuk pesawat untuk menyambut kita dan berkata 'welcome to *** airlines, can i see your ticket sir? Owh ok your seat on the left hand side'

(Pesawat TUDM)

Kami disambut oleh tuan tentera dan ayat pertama keluar dari mulut mereka 'hoi! Jangan ambek gambar.kang aku pecahkan handphone tuh!tutup semua handphone'

Makanan

(Pesawat Commercial)

Pramugari akan bertanya 'Sir what do you want? We have fish, chicken and lamb'

(Pesawat TUDM)

sebelum masuk ke dalam pesawat kami dibekalkan dengan sebungkus makananan yang didalamnya ada buah campuran+air mineral+sandwich 3+muffin. Time dah take off br makan.nk makan sandwich tuh pon terketar-ketar mcm orang kene parkinson.bukan kami yang berpenyakit, tapi kapal terbang bergegar

Seat

(Pesawat Commercial)

Siapa yang kaya boleh membeli seat business class, tempat duduk selesa dan luas ataupun paling cikai naik economy class.

(Pesawat TUDM)

Kami di minta masuk ke dalam pesawat melalui pintu belakang dan beratur dalam 6 barisan.saya ingatkan kami akan duduk di kerusi jaring yang terdapat di sisi kiri dan kanan pesawat seperti dalam movie hollywood tapi agak hairan, kalau kerusi jaring ini digunakan, takkan muat 200 orang dalam ruang yang sebesar 15 kaki lebar dan 40 meter panjang.tak masuk akal pulak kalau kami berdiri sepanjang perjalanan ke Jeddah yang mengambil masa 2 jam. Akhirnya kami diminta duduk bersila di atas lantai! Mungkin ada yang masih tak percaya.kami memang duduk di atas lantai seperti ada kenduri. Selamat tak ada talam dan lauk di tengah.kalau tak memang jadi kenduri doa selamat. Kami duduk di atas lantai bersila tanpa sebarang tali pinggang keledar.smart?

take off

(Pesawat Commercial)

Kapten pesawat akan memperkenalkan diri dan memberi maklumat penting tentang perjalanan.serta panduan keselamatan akan ditunjukkan oleh pramugari-pramugari

(Pesawat TUDM)

Selepas di suruh duduk, kedengaran enjin mula dihidupkan.pintu belakang masih belum di tutup.tanpa sebarang notis..BRUM! BRUM! Pesawat mula bergerak.tergelak saya, yela melihat pesawat ini tidak ubah seperti kereta yang bergerak sebelim menutup bonet belakang.bila pintu belakang di tutup, tiba-tiba lampu ditutup, keadaan menjadi gelap gelita dan saya sangat memuji pilot yang membuat take off, walaupun kami duduk di atas lantai tanpa sebarang tali pinggang keselematan, tidak terasa sedikitpun yang kapal terbang ini sedang take off.bravo! Respect gila!

Movie

(Pesawat commercial)

Akan disediakan setiap seat satu tv kecil.anda boleh menonton movie, bermain game ataupun mendengar radio.

(Pesawat TUDM)

Hanya kedengaran bunyi engin pesawat.hahahaha.hangpa nk buat apa, ikut suka.ada yang maen game dalam ipod, ada yang mendengar walkman dan ada juga yang menulis entry blog.saya rasa kalau dalam ini tidak sesak dengan 200 orang, boleh kami bermain futsal.

Semasa dalam perjalanan, ada penumpang yang berdiri mungkin kerana tidak tahan duduk, lenguh kaki ataupun sudah mula rasa mabuk udara.ada yang tidur sambil memegang dinding pesawat.macam-macam ragam.ada yang dari take off tadi tidak keluarkan kepala dari jaket.selembungi kepala dalam jaket dari awal sampai habis.

Landing time

(Pesawat commecial)

Ketua pramugari akan membuat pengumuman kepada semua penumpang perlu memakai tali pinggang.dan memberi tahu wantu tempatan destinasi yang dituju.

(Pesawat TUDM)

Tiba-tiba kapal terbang menurun secara perlahan, semua penumpang yang berdiri duduk bersila semula, semasa mahu landing, kami semua tertunduk kehadapan.kemudian..bump! Terhentak sekali.dan bergegar kerana kami sudah selamat landing.sakit la jugak punggung terhentak, tapi kalau ibu mengandung sudah 8 bulan, boleh ter beranak dalam tuh.dapat anak nama charlie.haha.

Selepas semua selesai, kami diberikan satu set makanan tentera.macam-macam ada.alhamdulillah.thanks TUDM!

10 comments:

ili_pengurniaan said...

experience ya mantap....
kmi yg xmerasa nek kapal TUDM, dpt merasa ngan bc entry nhe..
best2X... hehehehe

Ayuni said...

Aper2 pun alhamdulillah smapai Malaysia, thank you to allah...

Unknown said...

best moment lah bro...

nur aisya humaira said...

pengalaman yg mungkin tk dpt dilupakan..kan2?:)

Lily said...

thumbs up to RMAF. hang merasa makan ration dalam peket2 tu ka?

eszol raar said...

kah kah kah

Semarak Api said...

hahah..tergelak bc part smbutan tu.. invalueble experience..precious sgguh.huhu..

slm ziarah~ dtg jnguk dr blog ckgu imanshah :)

Anonymous said...

hahah..niceeeee :)

Unknown said...

salam .. hahah
nice experience. wpun agak bengang yea dgn layanan mereka..
syukur dah selamat yea.


www.fifahnazri.blogspot.com

student said...

baca entri ni rasa macam naik kapal terbang un ada...