Thursday, February 10, 2011

Sabar, Syukur dan Seronok


3 perkataan ini cukup untuk mengambarkan semua pengalaman yang saya terima selama 11 hari darurat di Egypt dan 5 hari di kompleks Tabung Haji di Jeddah.


Sabar

Mungkin ada yang berfikiran ujian kesabaran yang paling getir diihadapi oleh kami ialah ketika berada di Egypt, tapi tidak kerana saya seronok ketika berada di Egypt . Bagi saya ujian kesabaran yang paling dirasai ialah apabila melihat karenah manusia yang suka mengambil hak orang lain ataupun bersikap seperti enau dalam belukar yang cuba untuk melepaskan pucuk masing-masing. Sedih melihat umat islam menindas umat islam yang lain dan tidak menghiraukan kepada saudara sesama islam mereka.perkara ini jelas dapat dilihat ketika proses penyerahan passport untuk mengambil token giliran pulang ke Malaysia. Sepatutnya siapa yang sampai ke Jeddah dahulu diberi keutamaan untuk pulang dahulu, tetapi ramai yang baru tiba di Jeddah sudah menyerahkan passport mereka dengan harapan dapat pulang awal. Sama juga ketika agihan makanan, tak kiralah kamu pelajar jurusan agama yang sepatutnya berperwakatakan warak ataupun pelajar perubatan yang dikatakan pelajar pintar, semuanya sama mengambil makanan lebih tanpa memikir orang belakang.


Syukur

Saya sangat bersyukur diletakkan oleh Allah di bumi Egypt untuk menyaksiakan sendiri umat islam dan kristian bersatu hati bangkit untuk melawan pemerintahan kuku besi di Egypt. Semangat pejuang-pejuang ini sangat saya kagumi dari cara mereka mempertahankan hak mereka, berkongsi segala kudrat dan makanan untuk riot ini. Dahulu saya bangga melihat pemain bola egypt melakukan sujud syukur di atas padang setiap kali mereka menjaringkan gol, kini saya dapat berbangga dengan egyptian yang beragama kristian yang mempertahankan pejuang islam yang sedang solat dari tentera-tentera Egypt. Pengalaman ini sangat berharga kerana kali terakhir malaysia mengalami darurat ketika peristiwa 13 Mei. Kini saya dapat merasainya sendiri bagaimana ketakutan untuk keluar rumah sewaktu darurat. Harap-harap perkara sebegini tidak akan berlaku di Malaysia.


Seronok

Mungkin ada yang pelik mengapa saya rasa seronok?lama saya berdoa untuk dapat menjejak ke Tanah Haram Mekah tapi kali ini dengan rancangan Allah saya dapat memijak bumi Saudi, Negara kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad. pada mulanya bercadang untuk menunaikan umrah namun dek undang-undang manusia, terbantut rancangan tersebut. So near, yet so far..tapi pengalaman 5 hari hidup di Kompleks Tabung Haji sangat menguji ketahanan diri, cuba bayangkan selepas 3 jam menaiki charlie, kemudian menunggu untuk pelepasan visa selama 6 jam di airport jeddah, kami dibawa ke kompleks tabung haji, setibanya di sana selepas pendaftaran kami diberitahu yang tempat penginapan.dek kerana kepenatan kami mengambil kotak dan tidur ditepi coridor. Ketika ini tiada sentimen kau anak datuk aku anak petani. Semua tidur seperti pengemis.satu pengalaman yang sangat berharga.


Saya juga turut seronok melihat rakan-rakan yang dapat pulang ke Malaysia setelah sekian lama berjauhan dari rumah. Ada yang sudah 8 tahun tidak pulang ke Malaysia, ataupun mempunyai masalah kewangan untuk peulang ke Malaysia. Sedih menjadi seperti mereka. Namun berkat kesabaran mereka, alhamdulillah Allah mengurniakan nikmat selepas ujian. Syukran lillah Ya Allah.


Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses evakuasi pyramid, Kerajaan Malaysia, penderma dan sesiapa sahaja

5 comments:

Ayuni said...

Alhamdullilah..

Shasha Ira said...

pengalaman yg best!!
yg myb org len pun rasa tp xfikir sma mcm ni..
syukur ya Allah..

::FAIZ:: said...

touching

IMANSHAH said...

bila nak balik egypt??wahaha

the cerebro said...

alahai cikgu, yg naek still ketua tentera. so saya rasa tak lama lagi drng buat balik kot rusuhan