3 Februari 2011
Alhamdulillah bas yang dijanjikan oleh Kedutaan Malaysia untuk tujuan evacuation tiba di Zagazig pada pukul 2 petang. 2 bas dan 3 van kecil tiba dahulu. Pelajar perempuan dan pelajar tahun satu diberi keutamaan. Kemudian dalam pukul 4 tiba lagi 6 buah bas untuk mengangkut terus semua rakyat malaysia di zagazig.namun terdapat 15-20 orang rakyat Malaysia yang mengambil jurusan agama di Universiti Al-Azhar tidak pulang tetapi mereka sudah menandatangani surat yang mengatakan mereka menangung sendiri risiko jika ada apa-apa berlaku.
Kami mula bertolak pada pukul 5 petang.ketika berhenti untuk pemeriksaan pertama tentera, terdapat semua motor yang di tunggang 2 pemuda arab meluru merempuh sekatan askar tetapi sempat di tendang oleh askar yang mengawal membuatkan mereka terlanggar bas yang membawa pelajar Malaysia dan motor mereka di gelek oleh bas tersebut.2 pemuda itu selamat tetapi ditangkap pihak tentera. rupanya mereka merempuh sekatan tentera kerana mereka mempunyai senjata api. di check point ketiga, pintu untuk masuk ke cairo, kami di escort oleh sebuah trak tentera.namun keadaan di cairo memang jauh berbeza dengan di zagazig.pemuda2 di jalanan semuanya bersenjata parang sepanjang lengan atau pun kayu.kami bukan sahaja dihentikan oleh pasukan tentera tetapi perusuh juga membuat check point mereka sendiri.kami perlu akur dan berhenti setiap kali ada segerombolan perusuh yang menyuruh kami ke bahu jalan.hanya satu persoalan saya, bagaimana perusuh dapat mengawal sebuah bandar walaupun tentera mesir di letakkan antara 10 terkuat di dunia
Di cairo, tempat dituju adalah rumah malaysia.namun kami mengikut route berbeza untuk mengelak rusuhan.kami mengikut jalan melalui taman-taman perumahan.didambarkan jalan-jalan ini selamat, namun setiap taman perumahan di jaga oleh Rukun tetangga mereka sendiri.di sebuah taman perumahan kaya, bas kami di berhentikan, kemudian semua ahli rukun tetangga menyerbu bas yang membawa rakyat malaysia zagazig.ada penduduk yang membawa pistol di tangan,tetapi rata-rata mereka membawa kayu pemukul baseball. Rupanya mereka tidak membenarkan kami menggunakan laluan dalam kawasan perumahan mereka.
Kami tiba di ARMA ataupun rumah Malaysia pada pukul 11 malam.biasanya perjalanan dari zagazig ke cairo hanya 1 jam setengah tetapi mala mini kami mengambil masa 6 jam.
Kesimpulannya, keadaan di Cairo jauh berbeza dengan di Zagazig
1 comment:
so, hws da condition there?
Post a Comment