Kerajaan Malaysia berharap agar dapat mengeluarkan semua rakyat Malaysia dalam tempoh 24Jam dari negara bergolak Mesir. Saya telah dibawa ke Airport Cairo seawal jam 10 pagi dan tiba di perkarangan airport pada jam 11 pagi waktu Cairo.
Setibanya di perkarangan airport, saya melihat satu khemah besar berwarna putih dan ribuan rakyat Malaysia membanjiri sekitar kawasan khemah. Saya mendapat info dari rakan perempuan yang tiba lebih awal di airport mengatakan 'penerbangan terakhir semalam(4 februari) di batalkan, jadi group terakhir semalam akan menaiki kapal terbang ke jeddah dahulu kemudian baru kami semua yang dijadualkan pada 5 Februari.'
Setelah sejam menunggu, kami telah diberi taklimat oleh abdul aziz, ketua Putera 1 tentang plan evakuasi serta salam dari yang berhormat perdana menteri.kemudian kami mula melihat pergerakan untuk proses evakuasi di jalankan. Penerbangan pertama untuk 5 februari berlepas pada pukul 12 pagi.
Kami kesejukkan kerana sekarang merupakan musim sejuk di Egypt di tambah pula dengan hujan renyai-renyai.jarang hujan akan turun di bumi anbiya ini tetapi dengan ketentuan Ilahi, mutiara berkat itu jatuh membasahi bumi.dalam kesejukkan dan hujan kami semua yang masih belum berlepas sangat kelaparan.alhamdulillah Dato Seri Syahidan Kassim atas keperihatinan beliau yang memang berada di khemah luar airport cairo itu, membeli sejumlah roti dan hot dog untuk diagihkan kepada semua peserta evakuasi ini.Kemudian MRA pula memberi kami makan roti dan serunding untuk mengalas perut.
Sekarang di perkarangan airport sudah tiba sekumpulan pelajar dari Rumah Malaysia, kemudian Rumah KL,Rumah Selangor dan Rumah Perak.kami menunggu dalam kesejukkan selama 6 jam, akhirnya baru di panggil nama untuk menaiki kapal terbang.untuk pengetahuan kami hanya dibenarkan duduk di dalam khemah di luar airport selama 6 jam menunggu, tidak dibenarkan masuk ke dalam airport.
Saya memang bercita-cita untuk menaiki pesawat yang disediakan oleh TUDM, alhamdulillah doa saya dimakbukan oleh Allah.saya akan kongsikan dalam post seterusnya.
No comments:
Post a Comment