Wednesday, October 20, 2010

Mosque


Alhamdulillah, semasa cuti musim panas yang lalu saya sempat bersolat di sebuah masjid berdekatan one utama. Masjid ini membuatkan saya terfikir, “apa fungsi masjid zaman ini?”. Jika di lihat masjid ini serba lengkap dengan bilik musafir, restoran di bawah dan juga wi-fi zone. Tidak banyak masjid yang mempunyai kelengkapan seperti ini. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk bertemu dengan masjid sebegini rupa.

Jika kita lihat, di Malaysia telah di bina begitu banyak masjid serba lengkap tetapi mungkin tidak selengkap masjid yang saya perkatakan sebentar tadi. Tetapi bagai mana pula dengan pengisian serta kepenggunaan masjid tersebut? Adakah terbatas hanya untuk aktiviti keagamaan seperti kem ibadah, tazkirah, tempat kanak-kanak mengaji Al-Quran ataupun hanya satu aktiviti iaitu untuk solat berjemaah.

Sebenarnya bagi pandangan saya, fungsi masjid adalah tempat untuk umat Islam berkumpul dan mengenali serta berjuang bersama-sam menaikkan semula islam. Ini terbukti apabila Nabi Muhammad S.A.W mengangkat sendiri batu pertama untuk pembinaan masjid pertama dalam islam iaitu masjid Quba’. Baginda menyarankan aktiviti gotong-royong untuk membina masjid tersebut. Nilai perpaduan sangat jelas di situ.

Kemudian fungsi masjid ini boleh di perluaskan lagi dari hanya tertumpu kepada aktiviti keagamaan sahaja.Kerana banyak fakta sains terdapat di dalam Al-Quran dan bukan semata-mata hokum syariah terdapat di dalamnya. Mengapa tidak dijalankan kelas tuisyen di masjid? Mungkin di bina sebuah bangunan kelas dalam perkarangan masjid di mana permata-permata islam masa hadapan boleh menuntut ilmu demi perjuangan islam. Bukankah lebih baik begitu dari menghantar anak-anak ke pusat-pusat tuisyen. Masa hanya di habiskan di jalan raya setiap malam kerana ulang alik menghantar dan mengambil anak ke tuisyen. Alangkah baiknya, jika sekeluarga pergi bersolat jemaah ke masjid pada waktu maghrib, kemudian anak-anak masuk ke kelas tuisyen manakala ibu bapa menghadirkan diri ke kelas agama di dalam masjid.

Saya sangat berharap satu hari nanti, akan muncul sebuah komuniti islam yang berpusatkan masjid sebagai “The Master Center”. Maksud saya jika kita mahu pergi suatu taman perumahan, pintu masuk hanya satu iaitu masjid, dan masjid itu adalah segalanya.Di situlah tempat bermain futsal, di situlah sekolah dan di situlah terdapat restaurant ataupun pasaraya. Ini tidak mustahil kerana modulnya sudah ada. Masih ingat sebuah masjid di Banda Acheh pada tahun 2004 selepas peristiwa Tsunami?. Bagaimana masjid tersebut boleh berdiri teguh walhal bangunan sekeliling ranap di pukul ombak? Dan anda cuba google earth sekarang di Acheh. Apa pembangunan yang ada hanya bermula dengan sebuah masjid puteh.

Tetapi bangaimana pun, perlu diingatkan tentang niat kita, jangan hanya mengejar impian tetapi niat sudah tepesong. Allah berfirman

Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada yang mendirikan masjid untuk menimbulan bencana (pada orang-orang yang beriman), untuk kekafiran dan untuk memecah belah di antara orang-orang yang beriman, serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan RAsul-Nya sejak dahulu. Mereka dengan pasti bersumpah “kami hanya menghendaki kebaikan”. Dan Allah menjadi saksi bahwa mereka itu pendusta(dalam sumpahnya).

Surah At-taubah : 107

Janganlah Engkau melaksanakan salat dalam masjid itu selama-lamanya. Sungguh, masjid yang didirikan atas dazar takwa, sejak hari pertama adalah lebih pantas engkau melaksanakan salat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Allah menyukai orang-orang yang bersih.

Surah At-taubah : 108

Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan (masjid) atas dasar takwa kepada Allah dan keridaan-(Nya) itu lebih baik atau apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu (bangunan) itu roboh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahanam? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Surah At-Taubah : 109

Berfikir secara kreatif tetapi masih niat yang sama iaitu KERANA ALLAH.

1 comment:

Xeno said...

Exactly what I've thought up a few years ago. It would be great to see something like that happens in the future.