Friday, May 28, 2010

peace upon you


masih terkenang lagi pertama kali saya tahu maksud assalamualaikum ketika berusia 10 tahun. Alhamdulillah, ketika Islam dilanda dengan Islamphobia selepas serangan 9/11, saya tetapi Allah memberi saya sedikit hidayah untuk discover perkataan assalamualaikum.

semuanya bermula apabila saya menonton nightline 2-3 hari selepas kejadian 9/11.(bukan saje-saje bukak nightline.tp tengok jugak sebab nak tunggu sambungan WWF!). dalam nightline ada di sertakan satu temu ramah dengan seorang warganegara Amerika yang berkulit hitam tetapi beragama Islam. reporter menyuruh beliau comment tentang Islam dan perang. tetapi dengan tenang lelaki itu menjawab :

"assalamualaikum is greeting in islam, and you know what that mean? peace upon you.PEACE!"

see? siapa kata islam ini penganas walhal perkataan salam, greeting in islam is 'peace'.


Hadis Abdullah bin Amru r.a:

Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak


dalam hadis ini, menyarankan kita memberi salam walaupun kepada orang tidak dikenali. ini betul-betul berlaku dalam kalangan masyarakat arab mesir. ketika mereka menaiki public transport ataupun masuk ke kedai, mereka akan memberikan salam. perkara ini tidak berlaku di malaysia yer.. just imagine masuk LRT bagi salam, or naik Rapid KL time petang then bagi salam. pasti mengundang perkataan gila atau perhatian yang pelik dari orang sekeliling. tapi nak cuba tidak menjadi masalah

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

1. Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki,
2. orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan
3. orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai


just imagine kalau betul-betul wujud orang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan kaki? tidakkah aman suasana tersebut?. rakan-rakan saya yang diberikan rezeki oleh Allah untuk melawat tanah haram Makkah, mereka menceritakan yang benda ini memang berlaku di sana. tetapi kalau di malaysia, benda ini mungkin juga berlaku. tetapi situasinya berubah sedikit :

si kerata Lancer Evolution : Assalamualaikum. sorang je cik adek? mai la tumpang kereta saya.

si pejalan kaki : senyap tidak menjawab.

si kereta Lancer Evolution : amboi..sombong. tak jawab salam dose tau.

si kereta lancer evolution owh.(tiada kene mengena dengan Mohd Izattrahman)

No comments: