Peace Upon You. First of all, let us pray for our friends in
Egypt. May Allah ease them all. Alhamdulillah selama empat tahun saya berkelana
di bumi para anbiya namun kini dihalakan pula rezeki untuk ke India bagi
menyambung baki 2 tahun pelajaran.*bukan senang oi nak jadi doktot, p mesir, p
india. Fuh..* Sebenarnya banyak kenangan manis serta pegalaman yang mematangkan
jiwa anak muda ini, yang fresh2 keluar dari sekolah menengah terus di berikan
kepercayaan oleh keluarga untuk menjaga diri sendiri di rantauan.
Dalam post ini, saya ingin compilekan sekiranya mampu semua
kenangan ketika berada di Mesir. Kalau nak tahu details, boleh kot baca sendiri
blog ni, sebabnya saya start blogging pon semasa cuti raya haji di Mesir. Bosan
tahap gaban, kemudian ada internet pulak membuak-buak. Hehe
Mesir mengajar aku erti persahabatan yang jitu tanpa niat
berpolitik, tanpa rasa inginkan balasan serta tanpa mengira kaya mahupun
miskin. Di sini rakan itu seperti keluarga. Biasalah dalam keluarga
kadang-kadang ada yang bertelagah dek kerana berlainan pendapat. Apa pon
kemanisan berkeluarga di Mesir ini barangkali susah untuk dapat di tempat lain.
Ilmu dikongsi tanpa di suruh, nasihat di beri tanpa diminta dan pertolongan
dihulurkan tanpa perlu bersuara.
Alhamdulillah, walaupun saya tidak lah benar-benar grab
semua mutiara ilmu agama Islam di sini, namun tempias itu adalah juga, bak
sabda hadis Nabi Muhammad S.A.W, Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi,
pasti melekat juga baunya. Sempat bertalaqi, sempat mencelupkan sikit hati
mengenal ilmu tasawuf dan banyak lagi. Yang tidak mungkin dapat dilupakan ialah
laungan azan bertubi-tubi di Mesir. Sana dok azan, sini pon nak azan, yang
sinun pon azan jugak..
Survival di Mesir itu bukannya mudah dan tidak lah susah.
Sekiranya kita mahu, insyaAllah kita akan dapat apa yang kita mahukan. Mungkin
orang akan highlight-kan ke-hectic-an dengan perangai orang Mesir, namun ia
benar-benar mengajar kita yang
sebenarnya kita perlu menjadi tegas untuk terus maju kehadapan. Adab ketimuran itu
perlu digunakan hanya untuk occasion yang betul. Haha. Dari berebut van di
musim sejuk pukul 2 pagi, ada yang masuk ikut tingkap, ada arab yang tutup
pintu dan macam-macam perangai. Ingatkan perangai tersebut hanya dijalanan,
namun di perjabat untuk berjumpa Profesor pon kita tidak perlu mengetuk pintu,
perlu masuk dan berebut untuk bercakap dengan mereka.
Lapisan pemikiran dalam masyarakat Melayu Mesir pon berbeza.
Ingatkan datang dari adat resam yang sama, boleh lah membina jati diri negara
bangsa di perantauan, tapi bak kata pepatah inggeris “Too much cook will spoil
the soup”. Mungkin Melayu itu akan maju
bila mereka segelintir barangkali. Apa pon seronok sebenarnya melayan kerenah
orang melayu di perantauan dengan pelbagai background, ada yang berpegang
kepada ilmu, ada yang menyantuni buku, ada yang hanya mendengar ceramah
digunakan sebagai asas tiang dakwah. Ini semua variasi kehidupan sebagai
seorang pelajar melayu di Mesir.
Anyhow, rugilah sekiranya bermusafir tapi tidak menikmati
kecantikan ciptaan Allah. Alhamdulillah banyak tempat-tempat menarik di Egypt
*walaupun vacation yang saya hanya pernah sertai adalah ke Gunung Sinai selama
2 tahun berturut-turut*. Banyak pantai yang indah-indah, laut yang biru boleh
dilawati. Mesir itu bukan hanya sebuah negara padang pasir ya? Siapa nak sangka
akan ketemu salji di pergunugan Sinai setinggi peha saya? *kaki saya panjang
lah jugak*. Itu adalah snow pertama saya selepas menikmati cendoi durian di
batu 9 Tanjung Karang.
Saya mengambil keputusan untuk berhijrah pula ke India dek
kerana dahagakan pengalaman baru, Yela muda-muda gini lah nak timba pengalaman,
tua-tua esok kita cebok-cebok pula pengalaman. Harhar.
Saya rasakan setiap orang yang saya kenali ataupun
terserempak di Mesir itu adalah takdir, kalau ada yang membantu, saya ucapkan
terima kasih. Bagi yang ada terguris hati saya minta maaf. Bagi saya semua
orang itu adalah sahabat walaupun kadang-kadang kita ada pandangan berbeza.
Yang penting kita perlu bersetuju untuk tidak bersetuju. Doakan kejayaan saya
ye and semua sahabat2!
3 comments:
haikal pindah malaysia ka?
haah cik ara. doakan sy ye
Good luck bro...moga Allah bantu dalam setiap urusan. Maaf kalau sepanjang kita kenal (walaupun x rapat) ada terguris hati..semoga dipermudahkan ditempat baru.
Post a Comment