Friday, May 16, 2014

Jiwa Muda, Asal Redah

Actually ini adalah gambar pertama saya snap semasa tiba di India. Lokasi : Hubli Airport, India


Peace Upon You. Sebelum saya meneruskan penulisan saya kali ini, saya ingin mengajak pembaca untuk sedekahkan Al-Fatihah buat dua orang sahabat saya yang sudah kembali bertemu Yang Maha Pencipta, iaitu Arwah Hafizi Jasni dan Arwah Mohd Faiz Izzudin.

Alhamdulillah walaupun baru berusia 22 tahun *Tak nak ngaku 23 tu*, saya sudah menetap dan belajar di dua buah negara iaitu di Zagazig University, Egypt dan juga USM-KLE, India. Dalam perjalanan menuntut ilmu ini, saya sedar yang saya ada satu sikap “Redah dulu, nanti baru fikir.”. Itulah sikap yang saya rasa ada dalam ramai anak muda.

Apa bukti yang membuatkan saya berkata demikian kepada diri saya? Sebagai contoh bila arwah Faiz meninggal. Saya just terjah je masuk untuk mandikan arwah walaupun bukan ingat dah semua stepnya. Last sekali belajar mandikan jenazah sewaktu di STAR Ipoh semasa di tingkatan Tiga. Itupun model mayat dok buat main letak jari dekat tempat private, lepas tu kitorang balutkan dia. Then die dok gerak-gerakkan jari tu. Anyhow bila tiba masa mandikan jenazah, ia sebenarnya sangat simple dan saya dapat rasakan yang memang mandikan jenazah di dalam Islam itu sangat tertib dan menjaga maruah jenazah. Kemaluan di tutup, apabila ingin dicuci kawasan berkenaan, hanya tangan yang masuk di bawah kain. Apa pon itu adalah salah satu pengalaman berharga yang saya dapat. Dan saya tidak menyesal redah masuk untuk mandikan jenazah, mungkin itu tidak cukup untuk membayar ganti dosa saya kepada beliau, tapi itu sahaja yang saya mampu lakukan.

Bukti kedua sikap “Asal redah je” dalam diri saya ialah mengambil keputusan untuk berpindah tempat pengajian dari Mesir  ke India. Ramai sudah doktor saya berjumpa untuk tanyakan pendapat, ramai yang mengatakan degree perubatan itu bukan mudah, kini saya menambah beban untuk bertukar syllabus pelajaran daripada MBBS kepada M.D pulak. Tapi saya tetap teruskan niat untuk bertukar supaya saya dapat merasa sendiri pengalaman berharga ini dan semoga ia bermanafaat untuk orang lain satu hari nanti. Kini sudah hampir setengah tahun saya di India, tipulah jika saya katakan tidak ada satu hari pun saya rasa menyesal dan mahu berpatah balik ke Mesir, namun itu semua hanya akan membuatkan saya kembali kepada comfort zone saya semula. Now im here to fight for my future and for the sake of others.

Apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah, mungkin dengan jiwa muda, kita laju untuk bertindak tetapi tidak memikirkan tentang consequences yang akan kita dapat, Namun perlu diingatkan juga yang kesan itu ada yang baik, ada yang buruk. Terpulang kepada individu untuk menilai. 

Kepada si penuntut ilmu, jika kita itu ilmuan, mungkin kita akan berguna untuk dijadikan bahan rujukan di library sahaja. Tapi sekiranya kita ada ilmu, dan turun ke lapangan, mungkin kita mampu melakukan perubahan kepada masyarakat. Namun sekiranya kita bukan ilmuan, jangan takut untuk merasa bodoh untuk tahu apa harganya ilmu, mungkin dengan kebodohan itu, kita mampu menyedarkan hati-hati yang hitam untuk kembali bercahaya dengan ilmu. As one wise man said,

Two persons are never satisfied, one who is seeking knowledge, and the other who is seeking the world.”


 so choose wisely, make a decision and make a move.

No comments: