Steak di Laman Grill Bangi
Memang lepas gian and halal
Peace be upon you.
Alhamdulillah, setelah sekian lama, ini rasanya entry kedua yang saya
tulis ketika di India. Banyak pengalaman yang ingin dikongsikan, namun
disebabkan keterbatasan waktu, jadi saya tak mampu nak janjikan untuk coretkan
kesemuanya.
Kini saya sudah di tahun akhir pengajian Medic di USM-KLE
India, dan sedang dalam posting “Public Health and Community Medicine”. Bak
kata student Mesir dahulu, subject ni lah paling boring, sebabnya kami perlu
belajar banyak perkara yang diluar subject perubatan contohnya pengurusan
kesihatan sesebuah negara, stuktur organisasi jabatan kesihatan negeri dan
sebagainya, namun bagi saya *ianya interesting banget! Haha.
Minggu ini kami melawat ke pejabat District Health Office di
Belgaum, seminggu ulang alik sekali 2 kali sehari bertemu pengerak, pembuat
dasar dan pemantau kesihatan seluruh warga Belgaum, India. Ada satu department
yang sangat seronok demonstrationnya iaitu Department Food Safety and Quality
Control. disini, pegawa menunjukkan banyak preservative yang telah dicampur
dalam makanan sehinggakan mampu menjejaskan bukan sahaja quality makanan,
tetapi juga kesihatan pengguna. Oleh hal yang demikian, adalah menjadi
tanggujawab department mereka untuk menjaga kebajikan pengguna dalam consuming
makanan yang baik.
Antara ayat yang tak boleh blah bila pegawai tersebut
nyatakan ialah “We always take the food that looks good, like bright colour and
shiney, but we don’t know that the producer put some way and colour to make it
more attractive.” PAP! Rasa macam kene lumpur kat muka. Tapi workload mereka sangat tinggi, di lab
tersebut hanya ada 3 orang food analyst yang berkerja, merekalah yang perlu
mengesan preservation terlebih di dalam makanan, merekalah yang perlu check
kebersihan lebih daripada 500,000 kedai makanan di sekitar Belgaum dan
sebagainya. Bila dengar depa cerita, busy beno bunyinye kerja tu. Bila melihat
lab yang serba daif standard lab sekolah menengah dan work load yang banyak,
terfikir pula saya “Sape lah nak ambil kisah pasal makanan halal for muslim
plak di sini?”
Bila bersembang tentang makanan halal, banyak perkara yang
saya baru sedar ketika berada di India ini, yelah..dulu semasa belajar di
Mesir, semua makanannya halal KATANYA *Mata ke atas, tangan di bahu*, kalau di
tanya pada Egyptian, makanan ni halal ke tidak, mau mengamuk tokey kedai, tapi
sayang..definition makanan halal dalam islam itu tidak terhenti pada perkataan
halal sahaja, tapi Islam define halal food as halalan toyyiban, this merely
means allowed and permissible for consumption with relation to Syariah law as
long as they are safe and not harmful. Kalau dilihatlah cara arab memasok…cara
tebar roti ish(roti arab) tuh..hangpa pikiaq la sendiri naa..
Itu hidup di Mesir, di Malaysia pulak kita ada stigma dengan
perkataan babi, majoriti bagi orang melayu, ape sahaja berkaitan dengan babi,
memang haram semuanya, lupa pula mereka pada harta yang digunakan untuk membeli
makanan, daripada mana sumbernya? Rezeki yang halal atau yang haram? Kebanyakan
perihal halal lebih kepada isu babi, semua dilepaskan kepada pihak JAKIM, kira
mana ada cop halal, halallah tuh. Jumpa DNA babi, salahkan JAKIM tak buat
kerja, abes tu kita yang tak mau belajaq pasai criteria halal haram makanan
dalam Islam ni, tak perlu dimarahkan? Ada juga yang kata..owh kedai tu tak
dapat sijil halal sebab serve arak, tapi makanan dia halal je, boleh je
makan..eh..pandai pulak kau nak bagi cop halal sendiri dekat kedai tuh.
Jadi bagaimana mahu survive di oversea tanpa bantuan Jakim
bagi rakyat Malaysia yang macam saya ni? Yang knowledge agamanya ciput
menyiput? Search online? Ataupun mengarapkan bekalan ilmu dari sekolah kafa
dahulu?
Banyak persoalan yang timbul perihal makanan halal semasa
saya di India ni :
1.
Boleh ke nak makan makanan yang di masak oleh
non-muslim?
2.
Kalau makan makanan pure vegetarian sudah
memadaikah untuk menjaga status halal kita?
3.
Kalau makan di kedai non-vegetarian, tapi kita
tak tahu kedai tuh serve halal food or not, but we just order vegetarian food,
adakah terlepas kita punya tanggungjawab?
4.
Kalau pan yang digunakan menggoreng makanan kita
tuh, mungkin pernah digunakan untuk memasak makanan tidak halal, macam mana nak
buat agar kita boleh gunakan untuk memasak makanan halal pulak lepas tuh, just
basuh bersih guna sabun and air or perlu basuh 7 kali air tanah ka?
5.
Kalau saya nak juga makan protein dalam kedai
yang tak tahu staus halalnya tuh, tapi saya pergi nak makan seafood jah, benda
yang confirm halal, boleh ke?
6.
Kalau kedai tuh serve arak besaq nak mampuih,
boleh ka makan kat kedai tu?
7.
Kalau cawan yang digunakan untuk serve arak, lepas
basuh guna tap water, boleh dah ke digunakan untk umat islam minum daripadanya?
Sekiranya anda ada jawapannya, pernah bertalaqi tentang
makanan halal, menuntut betul tentang makanan halal, harapnya dapat contact
saya untuk berkongsi, kalau setakat sembang dalam usrah, itew pon join usrah
gak. Hahaha. Belajar dari membaca buku lain, belajar berguru lain, tapi kalau
nak menjawab persoalan di atas pon dipersilakan, cuma sila consider keadaan di
Oversea yang majoritinya penduduk bukan Islam, and bukannya jawapan “Carilah
kedai muslim lain”, persoalan di atas tidak akan timbul sekiranya ada kedai
Muslim di sebelah pintu kedai yang tak tahu status halalnya tu ye hadek..
Kenapa makanan halal itu penting? Saya leave it to you untuk
cari gali jawapannya di dalam hati, cuma mahu berkongsi perihal persoalan
pertama yang saya timbulkan di atas, iaitu makanan yang dimasak oleh
non-muslim.
Ini berdasarkan pengalaman diri ye, untuk menjawab persoalan
tersebut, saya kira ada dua cara, pertama boleh makan dan yang kedua ragu-ragu
untuk makan. Yelah ada sesetengah diantara kita yang katakan, “Alah..ah cong ni seumur hidup dia duduk
dengan melayu, dia tahu lah nak serve kita makanan halal”. So dengan reason
tersebut segelintir daripada kita mengatakan boleh je makan makanan non-muslim
masak tanpa pengawasan seorang muslim di dalam dapur.
Bagi saya cara terbaik untuk selesaikan persoalan ini adalah
meletakkan diri kita dalam situasi memasak, makanan ‘halal’ bagi individu beragama lain sebagai contoh
yang beragama hindu yang pure vegetarian ataupun bagi mereka yang tidak boleh
memakan daging lembu. Berapa peka kita tentang makanan mereka? Pengalaman saya
memasak untuk rakan non-muslim, mereka pon menjaga, “owh pan tuh boleh tak
goreng dulu daging kambing aku, then korang nak guna untuk masak daging lembu
lepas tuh terpulang lah”. And and how we
take care of that matter bila kawan kita tak mengawasi kita, adakah kita campur
je semua daging di goreng sekali? Apa yang kita buat di belakang mereka? Kalau
lah diri sendiri pon tidak peka tentang orang lain, tidak amanah menjaga
sensitiviti agama lain, are we expecting the same thing from them? Just because
we think that we are the majoriti? So
they should know about us and respect us more?
Sedarlah yang dimakan itu akan menjadi darah daging, jom
kita tuntut ilmu tentang benda yang bisa kita control dengan tangan, bukan asal
bedal dengan nafsu naa…
No comments:
Post a Comment