My study groupmate "Abg nak belajar boleh??"
Credit picture from Abu Bakar
Peace Upon You. Fuh alhamdulillah genaplah sebulan saya
berpindah ke rumah yang baru. Rindu juga ahli bait lama sebab memang close
duduk satu rumah selama 4 tahun. Tapi persahabatan tak kan putus macam tu je
kan?
Agak awkward sebenarnya bila duduk dalam bilik seorang.
Biasanya di asrama STAR dulu, satu dorm 24 orang lelaki *seronok weyh, macam2
perangai ada*. Lepas tu masuk University, duduk satu bilik 2 orang dengan
cousin. Ni tetiba duduk sorang satu bilik..
Walaupun bilik saya ni boleh dianggap serba lengkap,
maknanya ada meja study, ada tilam, ada almari dan sebagainya, tapi masih
terasa kosong. Fuh..apa atau siapakah yang mampu mengisi kekosongan ini? Haha!.
Ini ke syndrome bilik seorang? Memang sape bilik single nak
tuka bed ke king size ek? Ataupun saya seorang sahaja? Kadang-kadang duduk termenung sorang-sorang
kita akan terfikir nak berkeluarga?Scary..
Bila saya terfikir untuk berkeluarga, tetiba ada satu
fikiran yang menepis lamunan sebentar tadi dengan berkata “Kau ingat senang nak
build family?”Yup! Betul! Bukan mudah untuk membina sebuah keluarga
bahagia.
Alhamdulillah saya sudah dua tahun berkecimpung dalam bidang
kepimpinan secara serius dengan ‘Family Siswa’*Saya anggap organisasi saya as my family kat sini*. Banyak pengalaman yang ditimba. Tahun pertama mungkin
saya bukan sebagai ‘Ketua keluarga’, tapi mungkin sebagai abang je kot. Tetiba
ada masalah dalam organisasi yang some of ahli dalam keluarga kami ni berasa
tidak selesa dengan ahli keluarga yang lain. Sama juga macam situasi keluarga
yang mana adik beradik bergaduh manja. Menitik juga peluh tolong memikirkan
penyelesaian masalah ini. Yelah kalau family di rumah, Ayah dan mummy yang
settelkan dan saya dan adik beradik yang gaduh. Haha. Walaubagaimana pun
masalah itu dapat diselesaikan sehinggakan yang bermasalah tadi mereka menjadi
rakan baik. *tak percaya cuba tanya sesiapa yang pernah tengok macam mana Siswa
AQ last year bekerja*
Bila dalam tahun kedua, saya diberikan tanggungjawab untuk
menjadi ketua keluarga. Pergh…Orang kata, kalau kahwin seronok bagi lelaki.
Yela dapat jadi ketua keluarga. Seriously…SUSAH GILA!!. Korang ingat seronok ke
jadi ketua keluarga? Kene fikir macam mana nak bagi anak-anak rajin belajar,
kene fikir macam mana nak hidupkan suasana kasih sayang dalam family, kene
fikir macam mana untuk tampak tidak bosan dan easy to share problems parenting
*Maknanya kalau anak-anak ada masalah,mereka akan lebih suka share dengan
parent instead of bf, bff or gf*. See? Senang ke menjadi ketua keluarga?
Saya berkata begini bukan apa, rata-rata dari golongan
bujang tidak kira, sama ada lelaki ataupun perempuan, mesti akan berkata
“Haih..kan senang ada isteri, balik je rumah nanti ada mananan” , “Seronoknya
ada hubby, feel save jalan dengan dia”. Ye seronoknya berdua, tapi bila datang
yang ketiga? Rezeki dari Allah tu tetiba pasangan yang romantic tadi mula
terhakis dek kerana tidak bersedia untuk menanggung tanggungjawab yang besar.
So be ready! Jangan gatai nak kahwin je noe? Harhar, Pikiaq sama plan untuk ada
anak, pendidikan anak serta tarbiyah mereka. Contoh sapa nak ajaq depa baca Quran? Kalau nak ayah
sendiri yang ajar, Kita yang lelaki ni yang kene bersedia. Kemudian siapa yang
akan mengajar anak kita berwudhuk? Cikgu sekolah agama ataupun ibu bapa? Ajar
untuk menunaikan solat dan bagaimana mahu pujuk anak untuk solat? Everything
you have to get ready by now. Bukan selepas kahwin baru fikir.
Mungkin sebelum berkahwin, kita boleh tanya diri kita,
Adakah aku bernikah ini hanya untuk sebagai teman tidur? Adakah aku berkahwin
ini untuk mendapatkan baby yang comel? *Ramai yang suka stalk picture baby2,
bajet bakal ibu mithali. Harhar. Ameen*, ataupun adakah aku bernikah ini untuk
membantu satu sama lain untuk mengecap cinta Allah.
Apa pon, kekosongan bilik saya Alhamdulillah diisi dengan
kehadiran rakan-rakan untuk study group. Seronok gila!! Mungkin saya ni tak
pandai layan tetamu, tapi jemputlah datang ye ke bilik saye ni. Paling epic
setakat ini adalah muat 10 orang study Community Medicine Practical Exam dalam
bilik saya sewaktu blackout selama sejam. Study pakai lampu phone je masing2.
Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.
No comments:
Post a Comment