Tuesday, April 24, 2012

Aku Pengemis Ilmu


Aku Pengemis Ilmu,
Menadah akal dijalanan,
Membuka hati terima rahsia kalam.

Tidak menagih, tapi mengasih,
Mengumpul syiling bukan untuk disini
Tapi harta dibawa untuk bersama si Dia

Iri hati melihat yang diajar berjalan,
Aku hanya diberikan selipar
Dengan selipar ini aku melangkah!

Tidak berjalan, tapi merangkak,
Disedekah senyum, dihina berisi,
Aku takut mendongak, kelak mengandah

Sedihku bergurukan alam
Tiada khalifah yang benar dimurabbikan
Bukan memilih, tapi tersisih

Ku tahu benar syaitan ingin menjadi guru
Ku sangsi benar kesaksianku seorang diri
Sandarkanlah aku kepada pemayungku Ya Muhammad

Jadi macam pokok


Peace Upon You. Di Malaysia hangat membincangkan isu Hapuskan PTPTN, then bloggers pon ramai memberi respond tentang perihal ini. Tapi saya di sini bukan nak bagi memberi pandangan atau apa, Cuma saya mahu kita semua kembali kepada akar, iaitu isu menghargai dan meraikan ilmu dalam kalangan umat Islam secara khususnya. Kerana bagi saya, orang yang layak berkata atau berdemonstrasi kerana ilmu itu, adalah mereka yang sedar apakah nilai secebis ilmu

Pertama sekali apa yang dimaksudkan dengan ilmu dari sudut perspective cendiakawan Islam? Saya tertarik dengan perkongsian seorang rakan berkaitan pentakrifan ilmu oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang mentakrifkan ilmu iaitu :

The arrival of knowledge to a soul, and the soul have to acknowledge the knowledge.

Bukannya nak poyo speaking ke ape, saya sendiri pening memikirkan bagaimana hendak simplifykan takrifan llmu oleh Prof. Syed Naquid al- Attas dalam bahasa melayu. Sangat panjang dan complex. Akhirnya Alhamdulillah kalau di himpunkan perkataan demi perkataan, ianya menjadi mudah jika diungkapkan ke English. Daripada pentakrifan di atas, sejujurnya kita dapat lihat apakah kesan ilmu itu kepada setiap individu. Ilmu itu bukan sahaja maklumat, tapi ia dicerna untuk dijadikan pegangan nurani seterusnya akan terbit niat yang ikhlas di hat. Kerana ilmu itu tadi, menghasilkan satu perbuatan. Ilmu inilah yang diguna pakai untuk menjadi tangga antara kita dan Pencipta kita. Itulah kelebihan ilmu dari sudut Islam yang tidak ada dalam ilmu secular.

Jika dilihat, ilmu yang dimiliki umat Islam ketika ini bagi saya hanya sedikit,malah sangat sedikit.Namun tokoh-tokoh Islam ketika ini masih optimistic meletakkan target yang umat Islam akan berjaya suatu hari nanti. Ya target ini bisa tercapai kalau kita benar-benar menghargai ilmu. Mengapa saya berkata begini?
Kembali kepada lipatan sejarah, umat Islam sangat bangga dengan sejarah silam. Kita sering canangkan yang segenap ilmu di barat itu adalah ilmu umat Islam yang telah di rompak ketika kejatuhan kerajaan Islam Abbasiyah iaitu zaman kemuncak kegemilangan ilmu Islam. 

Bila jatuh kerajaan Islam ketika itu, Eropah melalui zaman Renausance ataupun dengan kata lain “Zaman menghargai ilmu”. Ramai cendiakawan-cendiakawan Eropah lahir ketika itu dan mereka semua ini sangat menghargai nilai secebis ilmu. Bukan sahaja cendiakawan menghargai ilmu, malah masyarakat sekeliling mereka juga turut meraikan orang berilmu dan sangat berminat untuk menjadikan ilmu itu sebagai satu budaya.

Bandar-bandar besar di Eropah sewaktu Zaman Renaissance seperti Venice, Florentina mahupun Milan di kepalai oleh golongan Patron(tuan tanah). Golongan Patron ini adalah golongan yang kaya, dan mereka mengupah cendekiawan untuk membangunkan bandar-bandar mereka. Sehingga kini, seluruh penduduk dunia mengkagumi dan menikmati hasil dari usaha yang telah mereka lalukan demi menghargai ilmu sebagai contoh seperti architecture bangunan dan banyak lagi hasil seni mahupun falsafah. 

Namun dimana kelemahan Zaman Renaissance kalau kita dapat lihat? Kelemahannya bila mana mereka mengasingkan antara ilmu dan agama atau dengan kata lain sekular. Walhal dalam Islam, semua ilmu itu milik Allah. Dan sebetulnya setiap orang yang berilmu itu akan pulang ke satu titik iaitu kepada Pemilik Ilmu itu sendiri.

Nah disini saya dapat simpulkan, sekiranya umat Islam menghargai ilmu, kita akan dapat melahirkan satu masyarakat berilmu dan lengkap dengan akhlak-akhlak mulia serta tambahan bonus, rahmat dari Yang Maha Esa.

Siapa penggerak kepada reformasi penghargaan ilmu ni? Tentulah bermula dari seorang guru ataupun orang yang berkongsi ilmu. Saya sangat admire golongan ini. Even ayah saya seorang pendidik. Beliau banyak mengajar saya apa erti menghargai ilmu dan saya memuji semangat ayah yang tengah buat thesis Phd. (Good luck! Ayah). Kalau pergi ke shopping complex mana-mana, masuk je pintu gerbang besaq ada air-cond terus dia akan kata “Haikal teman mummy, dah habis semua nanti cari ayah dekat MPH or Borders”. (tak tau la tuh kalau tuh reason ayah nak escape dari teman mummy shopping lama-lama.haha!).

Kenapa saya hormat golongan pendidik ni? Pertamanya sebab mereka adalah sebuah golongan yang tahu nilai ilmu. Keduanya jika kita lihat pendidik ataupun orang berilmu ini, kehidupan mereka lain. Hidup mereka itu datangnya dari kefahaman yang sangat mendalam tentang sesuatu perkara dan apa yang dipamirkan kepada orang sekeliling semestinya ikhlas dari hati dan dengan niat menyampaikan. Teringin tak berjumpa pendidik atau orang berilmu sebegini? Kalau ada keinginan sebegitu, berdampinglah dengan mereka.

Percaya atau tidak, buruk baik sesebuah masyarakat itu bermula dari pendidik? Kan ada pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”.Kalaulah seorang berilmu, tidak berjaya ataupun salah menyampaikan ilmu kepada orang sekeliling, rosak masyarakat.Jadinya jika kita hendak menjadi penyampai ilmu, lengkapkan diri dahulu, ajarkan perkara bermanafaat dan dalam masa yang sama praktikan juga ilmu di dada. The Ultimate Perfect Mahaguru mestilah RasulAllah Muhammad S.A.W. Lihat bagaimana baginda menjadi penunjuk kepada kita semua. Sollu Alan Nabi

Sudah penat menulis panjang-panjang, kesimpulannya yang saya cuba sampaikan disini adalah, semangat menghargai ilmu itu perlu hadir dalam diri kita setiap muslim kerana ia akan membantu kita untuk lebih memahami dan mengenali pencipta kita. Saya berharap, suatu hari nanti, masyarakat Malaysia dapat menghidupkan satu atmosphere suka membaca, bercakap menggunakan akal dan fakta serta suasana yang sangat dahagakan ilmu. Untuk melahirkan masyarakat sebegini rupa, kita boleh pilih untuk menjadi salah seorang dari penggerak reformasi ini ataupun hanya menjadi penyokong atas pagar. Kita mahu berada di barisan hadapan, lakukan satu perubahan. Hanya satu, insyaAllah kemudian akan disusuli dengan perubahan-perubahan yang lain dengan mudah.

Friday, April 13, 2012

Apa nama..(Gaya Tun.M)



Peace Upon You. Semasa pemerintahan Hosni Mubarak, kerajaan Mesir telah meluluskan satu undang-undang di mana rakyat Mesir tidak boleh ada nama lebih dari satu perkataan sahaja. Sebab itulah kalau bertanya nama kanak-kanak ataupun remaja di sini, semua nama ahmad je..tak pun Muhammad. Cuma Professor or Dr kami sahaja yang tua-tua sikit early 40's and above ada nama panjang. Kesiankan? Kita orang Malaysia, nama sekarang nak 3 perkataan je. Bunga Citra Lestari la, Zara neolora Gucci. #eh?. Tapi sehebat mana pon nama kita, baru 3 patah perkataan,mungkin ada yang lebih sikit empat. Tahukah anda Allah ada 99 nama? Cee…semua orang tahu kan? Tapi siapa tahu maksud nama-nama tersebut? Jen jen jen..

Allah! there is no god but He! To Him belong the Most Beautiful Names.
Surah Taa ha : 8

To be honest, saya ni tak pernah ada pun pengajian secara ilmiah berkaitan Asmaul Husna ni. Time sekolah rendah memang lost, masuk STAR saya just ikut-ikut orang berzikir dalam surau time menunggu antara solat maghrib ke isyak. Itu pon ikut pakai dengar, sebutannya ntah ke mana, janji ada bunyi. Tapi beberapa minggu lepas saya melihat seorang rakan update 99 Nama Allah bersama maksudnya di twitter. Wah! Seronok gila baca. Sebelum ni saya hanya tahu Al- Malik, Ar-Rahman dan beberapa yang lain.Ni ada sedikit buah tangan dari saya berkenaan 99 Nama Allah.

Ar-Rahman (Maha Pemurah)
Ar-Rahim (Maha Penyayang)
Al-Malik (Maha Memiliki Menguasai Seluruh Alam)
Al-Quddus (Maha Suci)
As-Salaam (Maha Sejahtera)
Al-Mukmin (Maha Mengurniakan Keamanan)
Al-Muhaimin (Maha Memelihara)
Al-Aziz (Maha Perkasa)
Al-Jabbar (Maha Kuasa)
Al-Mutakabbir (Maha Memiliki Segala Keagungan)
Al-Khaaliq (Maha Menciptakan)
Al-Baari (Maha Mengadakan)
Al-Musawwir (Maha Membentuk Rupa)
Al-Ghaffar (Maha Pengampun)
Al-Qahhar (Maha Mengalahkan)
Al-Wahhab (Maha Pemberi Kurnia)
Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki)
Al-Fattah (Maha Pemberi Keputusan)
Al-Alim (Maha Mengetahui)
Al-Qaabiz (Maha Menyempitkan)
Al-Baasit (Maha Melapangkan)
Al-Khaafiz (Maha Merendahkan)
Ar-Rafi (Maha Meninggikan)
Al-Muizz (Maha Memuliakan)
Al-Mudhill (Yang Menghinakan)
As-Sami' (Maha Mendengar)
Al-Basir (Maha Melihat)
Al-Hakam (Maha Mengadili)
Al-Adl (Yang Mempunyai Keadilan)
Al-Latif (Maha Lemah Lembut)
Al-Khabir (Maha Berwaspada)
Al-Halim (Maha Penyantun)
Al-Adhim (Maha Besar)
Al-Ghafur (Maha Pengampun)
As-Shakur (Maha Mensyukuri)
Al-Ali (Maha Tinggi)
Al-Kabir (Maha Berwaspada)
Al-Hafiz (Maha Memelihara)
Al-Muqit (Maha Perkasa)
Al-Hasib ( Amat Dihormati)
Al-Jalil (Maha Mulia)
Al-Karim (Maha Pemurah)
Ar-Raqib (Maha Mengawasi)
Al-Mujib (Maha Memperkenankan)
Al-Waasi' (Maha Lapang)
Al-Hakim (Maha Bijaksana)
Al-Wadud (Maha Pengasih)
Al-Majid (Maha Mulia)
Al-Baaith (Maha Membangkitkan Semula)
As-Shahid (Maha Menyaksikan)
Al-Haq (Maha Benar)
Al-Wakil (Maha Mentadbir)
Al-Qawi (Maha Kuat)
Al-Matin (Maha Kuat)
Al-Wali (Maha Memerintah)
Al-Hamid (Maha Terpuji)
Al-Muhsi (Maha Menghitung)
Al-Mubdi (Maha Pencipta dari Asal)
Al-Muid (Maha Memulihkan)
Al-Muhyi (Maha Menghidupkan)
Al-Mumit (Maha Pemusnah)
Al-Hai (Yang Hidup Kekal)
Al-Qayyum (Maha Berdikari)
Al-Waajid (Maha Mencarikan)
Al-Maajid (Maha Mulia)
Al-Waahid (Maha Tunggal)
Al-Ahad (Maha Esa)
As-Samad (Tumpuan Segala Hajat)
Al-Qaadir (Maha Berkuasa)
Al-Muqtadir (Maha Berkuasa)
Al-Muqaddim (Maha Menyegerakan)
Al-Muakkhir ( Maha Penangguh)
Al-Awwal (Maha Awal)
Al-Aakhir (Maha Akhir)
Adh-Dhaahir (Maha Nyata)
Al-Baatin (Maha Tersembunyi)
Al-Waali (Maha Melindungi)
Al-Muta-aali (Maha Tinggi)
Al-Barr (Maha Membuat Kebajikan)
At-Tawwaab (Maha Menerima Taubat)
Al-Muntaqim (Maha Pembalas Dendam)
Al-Afuw (Maha Pemaaf)
Ar-Rauf (Maha Pengasih)
Maalik-ul-Mulk (Penguasa Kerajaan Semesta)
Dhul-Jalaali wal Ikraam (Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan)
Al-Muqsit (Maha Saksama)
Al-Jami' (Maha Mengumpulkan)
Al-Ghani (Maha Kaya)
Al-Mughni (Maha Memakmurkan)
Al-Maane (Maha Melarang)
Adh-Dhaarr (Maha Memberi Derita)
An-Naafi' (Memberi Manfaat)
An-Nur (Maha Bercahaya)
Al-Haadi (Maha Petunjuk)
Al-Baaqi (Maha Kekal)
Al-Waarith (Maha Mewarisi)
Ar-Rashid (Maha Bijaksana)
As-Sabur (Maha Penyabar)

Seronok tak baca maksud-maksud nama Allah? Yela kalau #retis macam Aaron Aziz orang berkejar-kejar nak tahu nama IC dia, why not kita faham dan hadam Asmaul Husna ni. Ikut lah ada orang seronok baca nama-nama di atas sebab nak tahu maksud nama kawan ataupun nama bapak kawan (Yela orang melayu kan letak nama berdasarkan nama-nama Allah), ataupun kita dengan kefahaman kita tentang setiap nama ini, memudahkan kita dalam beribadat mahupun berdoa

And (all) the Most Beautiful Names belong to Allah, so call (dua’) on Him by them, and leave the company of those who belie or deny (or utter impious speech againts) His Names. They will be requited for what they used to do.
Surah Al-Araf : 180

Sebenarnya bila dikaji nama-nama Allah ni, perasan tak ada lebih kurang 3 kali di ulang sifat Allah yang Maha Pemaaf dan ada beberapa lagi sifat yang diulang-ulang. Betapa besarnya pengampunan Allah kepada hamba-Nya dan kasih serta sayang Dia kepada kita. Ayuh kenali dan fahami makna kekasih kita yang SATU ini! Kalau siapa dapat join class tauhid atau pun baca huraian satu persatu makna Asmaul Husna ni..lagi terbaek! Teruskan explore ye

Thursday, April 12, 2012

Kuku kaki kakakku kekok



Peace Upon You. Pelikkan tajuknye? Haha! Itu tongue twister je. Apa yang nak disampaikan tak la berkaitan sangat sebenarnya.

Pada bulan lepas, Alhamdulillah saya sempat bersolat isyak di sebuah masjid. Jarang ke masjid tu. Al kisahnye, bila menjadi musafir ni, lepak di masjid awal la sikit untuk melepaskan lelah. (kalau tak, dah iqomat baru nak turun tangga ke masjid. Bad2!).

 Bila saya sedang duduk bersandar ke dinding, iqomat berkumandang memanggil Jemaah untuk mula menunaikan solat. Tetiba dari belakang masjid dengar tapak kaki orang berlari, dalam hati dok kata “pehal la orang dok lari-lari dalam masjid ni”, tiba-tiba yang melintas sambil berlari sebelah saya itu seorang kanak-kanak kecil berumur lingkungan 5 tahun. Tak cukup dengan time nak mula solat. Selepas memberi salam, budak tu berlari lagi ke hadapan untuk bersalam dengan imam.
Wah..time tuh tertunduk kepala.

 Ya Allah..aku kecik-kecik dulu umur macam ni, solat ntah ke mana, ni dah besar pon tak pernah teruja sampai berlari nak menunaikan solat. Kot- kot berlari nak p solat sebab dah lambat solat jumaat. 

Itulah pengajaran yang saya dapat dari seorang kanak-kanak kecil dalam dia cuba mendekatkan diri dengan Allah. Yela, kan Allah sudah berjanji,

Narrated Abu Huraira : The Prophet Muhammad said : Allah says ; I am in accordance with the thoughts of My slave about Me; and I am with him, when he remembers Me. If he remembers Me in his heart, I also remember him in My heart. If he remembers Me in a group, I remember him in a better group. If he draws near Me by span of a palm, I draw near him by a cubit. If he draws Me by a cubit, I draw near him by the space covered by two hands. If he walks towards Me, I go to him running
(This hadith is sound and reported by Bukhari and Muslim)

Kadang-kadang kita lupa akan nikmat kaki yang Allah berikan, tambah-tambah musim exam. Tiba-tiba setiap detik terasa begitu berharga, sampai nak turun masjid bawah rumah pon payah contohnye la or kawan minta tolong teman pergi hospital, padahal esok exam ni, haa..saya muhasabah diri saya sendiri..yelah, kita sering saja ingat usaha kita itu melambangkan result kita, kita percaya dengan setiap detik yang kita gunakan untuk membaca buku itu, akan membolehkan kita menjawab soalan exam sampai kita lupa peranan Allah. Dia pemberi rezeki hanya kepada Dia kita layak beriman bukannya menambah rukun iman ke-7 iaitu percaya dengan diri sendiri. 

Verily Allah will not change the good condition of a people as long as they do not change their state of goodness themselves
A part of Surah Ar-ra’d – 13 

Tafseer Al- Jalalayn : Allah deprives not them of His favours and blessing if they still committing sins and by being ungreatful and disobedient to Allah.

Ya benar Allah mengatakan, kita manusia perlu berubah ke arah kebaikan, dan selepas kita berubah, barulah Dia akan membantu kita. Meaning apa-apa pon masih kuasa di tangan Dia. Jadinya, mari kita sama-sama duduk di luar beranda ataupun atas buaian di tiup angin sepoi-sepoi bahasa, fikir sejenak, dimana rukun iman kita yang pertama.