Friday, September 16, 2011

Kiranya Anakku Barrack Obama


Pandangan terhadap umat Islam bertukar apabila ekstremis Islam, Al-Qaeda menyerang World Trade Centre pada tahun 2001. 11 September baru-baru ini genap 10 tahun peristiwa hitam yang di ‘highlight’ oleh masyarakat dunia tentang keganasan umat Islam dan seterusnya melahirkan satu ketakutan sejagat terhadap umat Islam iaitu ‘islamophobia.’

Dari kaca mata konservatif umat Islam pula, ramai yang melabelkan Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Israel sebagai musuh ketat Islam. Mereka menceroboh negara-negara Islam dengan pelbagai alasan. Kemudian kekejaman yang mereka lakukan ditutup rapi dari kaca mata dunia.

Namun, pada 20 Januari 2009, tampak satu sinar baru dari politik negara Uncle Sam apabila Barrack Obama dilantik menjadi President Amerika Syarikat ke-44. Nama sebenar beliau Barrack Hussein Obama, dari namanya sendiri kita dapat melihat pengaruh Islam dalam dirinya.

Yang sebenarnya bapa Barrack Obama adalah muslim kemudian bila ibu bapa beliau bercerai ketika Obama berumur 2 tahun, ibunya berkahwin pula dengan seorang rakyat Indonesia yang juga beragama Islam bernama Lolo Soetoro. Barrack Obama dan ibunya serta bapa tirinya memulakan hidup baru di Indonesia semasa beliau baru berusia 6 tahun.

Saya ada satu persoalan untuk ditimbulkan ‘Bagaimana jika bapa Barrack Obama berjaya mengekalkan Islam dalam diri Barrack Obama?’.

Mungkinkah peperangan di timur tengah akan dihentikan? Adakah Palestin akan merdeka? Bagaimana pandangan masyarakat dunia terhadap Islam akan berubah? Ataupun boleh jadi Amerika Syarikat menjadi sebuah negara Islam.

Apa yang ingin saya tegaskan disini adalah kepentingan bekalan pendidikan agama Islam yang cukup dari seorang bapa kepada anaknya dan zuriatnya seterusnya. Kadang-kadang kita dapat melihat seorang ayah begitu aktif dalam jalan jihadnya untuk menegakkan Islam, namun anaknya di rumah menjadi liar dan langsung tidak mengikut jejak langkah bapanya.

Sepatutnya seorang bapa perlu sedar, yang zuriat mereka itu adalah amanah dari Allah, itulah Projek Jangka Masa panjang mereka untuk Islam. Siapa tahu anak yang mereka beri didikan agama yang cukup, kasih sayang yang sama rata akan menjadi seorang Khalifah dan antara figure penting dalam kebangkitan Islam di akhir zaman nanti.

Kita perlu sedar, untuk melahirkan seorang pemimpin Islam yang berwibawa bukannya mudah. Kita pasti pernah dengar tentang Sultan Muhammad al-Fatih. Seorang pemimpin yang berjaya membuka semula Kota Constantinople pada usia yang mud. Beliau merupakan seorang pemimpin yang disebut-sebut kemunculannya oleh Nabi Muhammad S.A.W. Tapi perlulah diingat, untuk melahirkan seorang pemimpin seperti Sultan Muhammad al-Fatih ini bukannya mudah, beliau merupakan generasi kerajaan Uthmaniyah yang ke-7 cuba membuka kota Constantinople.Bermakna niat untuk membuka kota Constantinople itu telah ditanam dalam diri keturunan mereka selama 7 generasi dan berbekalkan sifat tawaduk mereka sekeluarga kepada Allah, Alhamdulillah cita-cita mereka tercapai.

Jadi kepada bakal-bakal bapa, pilihlah untuk menjadi bapa seperti bapa Barrack Obama ataupun bapa kepada Sultan Muhammad al-Fatih?

No comments: