Sunday, October 2, 2011

I want The Quran


Tadi saya pulang ke Puchong, tempat saya membesar. Pusing-pusing sekitar kawasan perumahan lama, untuk mengimbau kembali memori kanak-kanak. Namun niat sebenar untuk mengambil jeans yang dihantar untuk repair (malu la nk kata pergi kecikkan pinggang.bagi tahu repair jeans cukupla kan?haha). Tapi apakan daya, sampai di kedai tersebut, terlekat satu notis 'Keluar solat dan makan'.

Sementara menunggu abang repair jeans membuka semula kedai dia, saya pon pergilah menunaikan solat asar di surau yang mana tempat saya bersolat terawih semasa kecil-kecil dahulu (terawih la sangat kan...).Tanpa saya sedari, jemaah di sebelah saya adalah rakan saya semasa darjah 3 dahulu dan juga merupakan rakan bermain bola setiap petang satu ketika dahulu. Nama beliau Farhan.

Sudah lama saya tidak bertemu Farhan. Selepas UPSR, saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di STAR Ipoh, itulah kali terakhir kami berjumpa. Selepas SPM, beliau mendapat keputusan 10 A1. Namun apa yang membuatkan saya sangat kagum dengannya, beliau memilih untuk pergi ke Darul Quran dan mulakan pengajian menghafaz Al-Quran. Bagi saya, itu bukanlah berkara yang mudah untuk dilakukan, When the wolrd offer you everything, and you just say no.

Beliau merupakan seorang pemuda yang sangat bagus untuk dicontohi, sejak saya kenal beliau dari darjah tiga, dia memang solat berjemaah di surau setiap waktu dan merupakan anak yang baik.

Jika kita lihat dewasa ini, ramai manusia yang bila ditawarkan oleh kekayaan dunia mereka lupa terus dengan niat murni yang sedang mereka usahakan.

Zaman muda merupakan zaman yang paling seronok bagi setiap insan. Tapi ketahuilah zaman muda kita akan ditanya ketika di padang masyar nanti. Elok zaman muda, insyaAllah mudahlah kita di akhirat kelak.

Konklusinya, mampukah kita mengurangkan kebergantungan kita terhadap harta duniawi demi saham akhirat?

No comments: