berikut adalah salah satu perkara yang termeterai dalam Perjanjian Hudaibiyah (Sejarah PMR). Sahabat-sahabat Nabi Muhammad terkejut mengapa Baginda RasulAllah sanggup mempersetujui perjanjian tersebut walhal syarat-syarat di atas jelas menunjukkan ia menyebelahi Pihak Musyrikin Mekah.
Lebih baik jika saya terangkan apakah implikasi syarat di atas,
Pemuda yang ayahnya masih hidup, dan dia pergi ke Madinah tanpa kebenaran ayah beliau (bermakna memeluk Islam dan ingin berhijrah ke Madinah iaitu Kota Umat Islam ketika itu selepas peristiwa Hijrah), dia perlu dikembalikan oleh Umat Islam Madinah kepada pihak Musryikin Mekah.
Tetapi sesiapa umat Islam dari Madinah yang berhijrah Mekah, kemudian ingin kembali ke Madinah adalah di larang sama sekali. Ini adalah muslihat tersembunyi pihak musryikin Makkah untuk 'mengembalikan' sesiapa sahaja yang telah memeluk agama Islam, ke agama asal nenek moyang mereka.
Mengapa RasulAllah tetap menerima syarat di atas? Ini kerana Baginda percaya yang, sekiranya seorang Muslim pulang ke Mekah dan tidak akan di kembalikan ke Madinah, mereka akan dapat menjadi model Islam dikalangan musryikin Mekah ataupun dengan kata lain mempertontonkan akhlak umat Islam di tengah-tengah masyarakat musryikin Mekah.
Justeru saya agak janggal bila melihat, orang-orang berilmu prejudis apabila melihat orang di sekeliling mereka. Mereka merasakan yang orang sekeliling mereka itu seperti jahil atau kurang berilmu. Seperti mereka merasakan orang disekeliling mereka adalah muslim yang rendah tarafnya berbanding mereka yang sudah lama mendalami Islam.
Dimana sifat percaya sesama muslim yang di tunjukkan oleh RasulAllah semasa Perjanjian Hudaibiyah? Baginda bukan sahaja percaya umat Islam yang tinggal di Mekah dan tidak akan dikembalikan ke Madinah tidak akan murtad, malah Baginda percaya yang Muslim tersebut dapat menyampaikan dakwah Islamiyah di tengah-tengah masyarakat musryikin Mekah.
Ingatlah yang setiap insan itu berilmu. Jika kamu rasa kamu tahu semua ilmu tentang Islam dan merasakan orang disekeliling kamu tidak mengetahui, tundukkanlah diri dan rendahkanlah hati kerana orang di sekeliling kamu juga punyai ilmu. Setiap insan punyai ilmu masing-masing dan segala ilmu itu milik Allah