Diriwayatkan dalam sahih Bukhari, daripada Ibnul Musayyab, bahawa bapanya berkata:
"Ketika Abu Thalib akan meninggal dunia, maka datanglah Rasulullah s.a.w., dan pada saat itu Abdullah bin Abi Umayyah, dan Abu Jahal ada di sisinya, lalu Rasulullah bersabda kepadanya: "Wahai pak cikku, ucapkanlah “la Ilaha Illallah” kalimat yang dapat aku jadikan bukti untukmu di hadapan Allah". Tetapi Abdullah bin Abi Umayyah dan Abu Jahal berkata kepada Abu Tholib: "Apakah kamu membenci agama Abdul Muthalib?", kemudian Rasulullah mengulangi sabdanya lagi, dan mereka berduapun mengulangi kata-katanya pula. Maka ucapan terahir yang dikatakan oleh Abu Thalib adalah: bahawa ia tetap masih berada pada agamanya Abdul Muthalib, dan dia menolak untuk mengucapkan kalimat la ilah illallah, kemudian Rasulullah bersabda: "sungguh akan aku mintakan ampun untukmu pada Allah, selama aku tidak dilarang",
lalu Allah menurunkan firmanNya: “Tidak layak bagi seorang Nabi serta orang-orang yang beriman memintakan ampunan (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik”
(Surah At-Taubah : 113).
Dan berkaitan dengan Abu Thalib, Allah menurunkan firmanNya: “Sesungguhnya kamu (hai Muhammad tidak sanggup memberikan hidayah petunjuk) kepada orang-orang yang kamu cintai, akan tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya”
(Surah Al Qasas: 57)
Bila membaca kisah RasulAllah berdoa agar pak cik yang menjaganya selepas kematian ibu bapa dan atuk baginda iaitu Abu talib namun di tolak oleh Allah. Saya tertanya, mengapa RasulAllah sanggup berdoa agar pak cik nya yang sangat banyak membantu dalam membesarkan baginda untuk diberikan petunjuk agar memeluk Islam.
Kenapa perlu islam? Tidak cukupkah orang kafir yang baik tapi tidak memeluk islam. Secara logiknya mereka itu lebih baik daripada umat islam yang melakukan jenayah? Seperti sumbang mahram dan sebagainya. Pernah juga terlintas dalam hati saya, kalau orang itu bukan islam tetapi mereka sudah sedia baik, kenapa saya perlu mengajak mereka untuk memeluk Islam?
Akhirnya semuanya terjawab bila saya terbaca sebuah kisah seorang mubaligh yang cuba berdebat dengan Harun Din tentang Islam itu adalah agama double standard kerana hanya orang Islam yang melakukan kebajikan sahaja akan masuk syurga, tidak kepada orang kafir yang mahupun melakukan kebajikan. Berikut adalah hujah beliau :
kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.
Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?
“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”
Dapat dirumuskan, Tuhan di dunia ini hanya satu iaitu Allah. Dialah pencipta sekalian alam dan empunya setiap zarah di alam semesta termasuk diri kita. Jadi kita perlulah beribadat hanya kepada-Nya seorang dan melakukan apa pun perkara kerana Allah, InsyaAllah semuanya akan dibalas dengan setimpal di akhirat kelak
p/s : siapa teringin membaca article yang maksudkan boleh la lawati web ini