Monday, July 23, 2012

Tadika Ro Mim Dal



Peace Upon You.  Ro Mim Dal adalah kata dasar untuk perkataan Ramadhan yang bermakna panas. Saja letak tajuk macam tuh, kalau tulis ramadhan, too mainstream la kan? Haha. Alhamdulillah Allah ketemukan saya dengan ramadhan lagi, istimewanya kali ini, saya di murahkan rezeki untuk menyambut ramadhan di Egypt! 

Lazimnya kita dapat melihat, ramai update status “Selamat datang ke University Ramadhan”. Bunyi macam..uuuu…University kot. Baguslah sekiranya seorang muslim itu mempunyai pemikiran seperti mahasiswa yang matang dalam menyambut ramadhan.Yela, mereka tahu apa harga sebuah ramadhan dan mengkaji bagaimana untuk melipatgandakan ibadat di bulan yang penuh barakah ini.. Ada bezanya pemikiran mahasiswa dan pelajar sekolah. Mahasiswa, mereka tahu apa yang mereka mahu, tahu apa yang sedang mereka lakukan, faham mengapa mereka lakukan, manakala pemikiran pelajar sekolah pula hanyalah, melakukan apa yang disuruh. Ibu bapa suruh dapat result elok, mereka study elok-elok, cikgu bagi kerja rumah, mereka tak mahu kene marah, jadi selesaikan kerja rumah.

Tapi percaya atau tidak, jika saya katakan ramai muslim tidak layak masuk ke University Ramadhan mahupun sekolah ramadhan. Selayaknya mereka masuk ke Tadika Ramadhan sahaja. Kanak-kanak di tadika, mereka hanya lakukan apa yang menyeronokkan dan apa yang menyenangkan mereka. RasulAllah telah mengatakan “Permudahkan, jangan  menyulitkan”. So post ni akan berkisarkan pengalaman saya berpuasa di perantauan dalam suhu 38˚-40˚ yang saya anggap satu perspektif baru.


Puasa
Berpuasa di Egypt ni, haa..bukan 12 jam  tapi 17 habaq hang. Nampak beratkan? Tapi bila berada di Mesir, tak terasa pon. Majoriti Islam, tak lah terliur tengok chinese dok sedut Starbucks ataupun rakan india makan chapati cicah kuah dal ngan sambal ikan bilis kan.  Tapi perlu diingatkan, puasalah kamu 3 tahun tanpa skip pon, tapi kalau tak solat, tak guna jugak tau hadek-hadek. Dalam Islam kan ada rukun, selesai mana yang dahulu. Solat 5 waktu itu rukun kedua, kalau tak buat kedua, macam mana nak yang ketiga kan?. Sama macam kalau kita tidak mengucap syahadah iaitu rukun Islam pertama, sah kah kita solat?..so tak mau dengar “aku penat lah puasa,tak mau  lah solat”


Sahur
Alhamdulillah, semalam baru selesai sahur secara Jamaie dengan rakan-rakan batch saya. Seronok rupanya sahur ramai-ramai. Senang kat Egypt ni, tarawih habis dalam pukul 9.30 paling lewat, relax-relax then pukul 2 pagi dah boleh sahur. Subuh 3.20. First time sahur terasa sangat ringan. Kalau di Malaysia..haa..sahur lah paling berat nak bangun. Dari baring, dikejut, menonggeng plak, di tarik selimut, meniarap balik. Macam-macam ragam time sahur. So mungkin kita boleh tuka style lepas ni sahur beramai-ramai.


Berbuka
Umum mengetahui fadilat memberikan sedekah ataupun memberi makan orang berpuasa *bagi makan ketika tiba masa berbuka lah, jangan bagi tengah hari suruh orang buka puasa*. Suasana di Egypt ni, meriah sangat! kalau lah stuck dalam jam kat Malaysia, kita tak bawa bekal air, memang tunggulah kau sampai rumah baru dapat berbuka, tapi kalau di Egypt, tak perlu risau, ada orang akan agihkan makanan dan minuman di tengah jalan *itu yang buat jam kalau kat Egypt. Haha!*. Semalam saya berbuka di garage seorang  tuan rumah berbangsa arab. Dia seorang Dr. Sangat pemurah, dibuka garage rumah sendiri, kemudian menjamu lebih kurang 60 orang untuk berbuka puasa. Mudahkan? *Tak susahkan?*Ada ke di Malaysia buka garage ajak orang makan time berbuka? Kalau tidak pon, masak jelah bubur bagi kat rukun tetangga. 


Tarawih
Selepas berbuka ayam golek, murtabak, roti john, air yoes cincau, kena pulak nasi kerabu. Pergh..memang beratlah badan nak bangun solat maghrib, inikan lagi melangkah kaki ke Masjid menunaikan solat tarawih berjemaah yang lama. Kalau di Egypt, tarawih dia dalam 30-40 minutes je.  Ada yang 20 minutes, Percaya atau tidak? Pelik kan? Macam mana dorang ni solat tarawih?. Mudah jah..pertama.. tidak ada bacaan diantara dan selepas solat sunat tarawikh. Habis bagi salam, naik balik. Kalau kat Malaysia dengan wirit panjangnya sehinggakan kalau tak ada wirit panjang-panjang tersebut, ada yang merasakan mereka tidak melakukan solat tarawih dengan sempurna walhal itu adalah sunat sahaja. Kemudia mereka membaca surah pendek-pendek. Dah witir satu rakaat kat Malaysia nak baca 3 kul, kat Egypt? Surah al-Ikhlas je. Bagi saya, dengan cara ini, mungkin dapat menarik golongan muda untuk datang ke masjid bersolat tarawih. Yang sunat itu solat tarawih, tak pulak kata solat tarawih satu juzuk satu malam kan?

Itulah serba sedikit perkongsian pengalaman menyambut ramadhan di Egypt. Ayuh kita menghiaskan ramadhan tahun ini seperti tadika, ceria, mudah dan menyeronokkan. Kembali kepada Islam pangkal yang sangat mudah dan tidak membebankan mana-mana pihak.

Sunday, July 22, 2012

Kerdil pada saiz, besar pada manafaat



Peace Upon You. Alhamdulillah, syukur saya sudah tamat peperiksaan akhir tahun 3. Paper last hari tu merupakan subjek Parasitology. Belajar worms, nyamuk, kutu, pijat and many more! *Bayangkan, punyala banyak benda kene tau kalau nak jadi doctor je pon*. Tapi yang paling menarik minat saya ialah Musca Domestica. Apakah? Haha. Sebenarnya tuh keturunan House flies ataupun just simply lalat hok hurung area tudung saji hangpa tuh.

Bila berkata perihal lalat, for sure semua orang akan cakap “eeww..hurung sampah pastu nak hurung kita pulak. Eeww..eeww..” *saje buat over gedik*. Yeah lalat ni memang itulah tempatnye, sampah ataupun najis etc. Semua orang menghina lalat, kalau lalat hurung badan, mula lah keluar sumpah seranah kat makhluk Allah yang kerdil tuh. Jarang kita nak membuka minda untuk melihat ciptaan Allah ini yang telah disebut dalam Al-Quran sebagai salah satu Keagungan ciptaan Allah.

O mankind! (meaning, O People of Makkah!) A similitude has been coined, so listen to it (carefuly): Verily! Those on whom call beside Allah (meaning, the idols to which they used to devote their own selves in worship), cannot create (even) a fly (meaning even one fly, be it male or female), even though they combine together for the purpose (meaning creating it), And if the fly snatched away a thing from them (such as the perfume and crocus which they are applying) they wound have no power to release it from fly (meaning, owing their weakness, Hence how come that they ascribe others along side Allah in worship? This indeed is something strange for which Allah set forth the parable of ) So weak are (both) the seeker and the sought (meaning, the worshiper and worshipped)

Surah Al-Hajj -73 (Source Tafsir Al-Jalalayn)

Ayat di atas menceritakan betapa manusia ini lemah sehinggakan tidak boleh mencipta seekor lalat pon. Bukanlah kita minta untuk mencipta seekor lalat, manusia tidak mungkin mampu mencabar technology yang Allah telah kurniakan kepada mata lalat. Mata lalat adalah gabungan beribu-ribu lens. Ini membuatkan mereka boleh melihat 360˚ dan detect banyak lebih banyak spectrum cahaya dari mata manusia. Kita manusia  ada sepasang lens je kan?

Dengan izin Allah, Nabi Muhammad S.A.W juga pernah menyebut tentang lalat dalam hadisnya

If a housefly falls in the drink of anyone of you,he should dip it (in the drink), for one of its wings has a disease and the other has the cure for the disease
Sahih Bukhari

Kenapa Nabi Muhammad tidak menyuruh ummatnya untuk membuang minuman yang dikatakan telah dicemari oleh lalat? Reason pertama melalui pembacaan saya dalam Tibb Nabawi karangan Imam ibn Qayyim Al-Jauziah ialah, seperti yang tertera dalam hadis, pada salah satu wing houseflies tuh ada penawarnya dan reason kedua kerana keadaan lalat itu masih intact, meaning darah haiwan tersebut masih berada dalam badan, tidak bercampur dengan minuman.  Maybe benda ni kurang interesting buat “kaki pembaca hadis”, tapi tahukah anda, beberapa kajian telah dilakukan berdasarkan hadis ini, dan menunjukkan penawar yang terdapat di wing lalat itu boleh digunakan untuk sengatan lebah dan kala jengking jugak.

Kenapa saya tertarik untuk menulis perihal mahkluk Allah ini? Sebab melalui pembacaan saya*baca buku teks Parasitology je pon*, jangka hayat seekor lalat hanya 2 minggu. 2 minggu itupun kalau tak mati kene spray or kene tepuk dengan newspaper. Dengan jangka hayat begitu singkat, lalat mampu memberikan impak dalam kehidupan manusia seperti Forensic  entamology. Dimana mereka menggunakan life cycle lalat, untuk menentukan anggaran tarikh kematian mayat. Mesti selalu tengok dalam CSI kan?

Jadi nak katanya, seekor lalat, yang kita dok hina-hina masih memberi manafaat kepada manusia walaupun hidup hanya untuk 2 minggu. Kita yang berusia 20 tahun di atas muka bumi jika ditarik nyawa oleh Allah, apakah sumbangan kita untuk Islam?

*Saya perlu sedikit respond berkenaan terjemahan Quran tafsir, adakah membantu ataupun lebih baek hanya bagi terjemahan Al-Quran dari berikan sekali tafsir. Sila respond di comment*