Peace Upon You. Sekarang ni menular banyak quotes yang saya katakan
sebagai jiwang Islamic. Mungkin ini salah satu method menyampaikan Islam dengan
cara lebih romantis ataupun lebih puitis. Sebagai contoh “Tidak semua perempuan
free hair itu tidak baik, tapi perempuan bertudung pasti adalah perempuan yang
baik.” Itu mungkin cara halus menegur untuk wanita yang bertudung. Bagi pihak
lelaki pula “Tidak semua lelaki yang tidak berjemaah di masjid itu jahat,
tetapi lelaki yang berjemaah di masjid semestinya lelaki yang baik”.
Uuu..macam-macam lagi la quotes yang dikeluarkan.
Saya tertarik untuk membincangkan tentang perihal lelaki
yang berjemaah di masjid. Rata-rata orang bila mendengar, melihat atau
mengetahui seorang lelaki itu ke masjid, Wah! Terus tersemat di dalam minda, “Mesti
alim budak ni..”. Ini saya ingin berkongsi sedikit buah fikiran dan pandangan.
Persiapan ke Masjid
Ramai lelaki yang hanya sempoi-sempoi untuk ke masjid, kalau
bukan setiap waktu, time seminggu sekali seperti solat jumaat pon mereka hanya
memakai pakaian ala kadar. Saya sendiri pernah mengatakan kepada ayah “Alah..buat
pe pakai songkok.sempoi-sempoi dah la”.
Saya sendiri sering lupa, tempat yang dituju itu rumah
Allah, kenapa tidak kita berhias sedikit? Pakai handsome-handsome*Untung-untung
melekat anak imam kat kita* .First and foremost kita perlulah membersihkan diri
dari hadas besar, ye dak? Hehe. Then pakaian pula perlu suci dari najis. And
apa salahnya sembur sedikit wangian..sunnah kan?
Kita boleh beli kasut Zara, sewa coat CK beratus sebab nak
pergi Gala Dinner*Sanggup sewa tuh! Bukan beli*, ini nak pergi ke masjid tak
kan tak boleh pakai kain bersih-bersih, baju gosok then bau harum..tak la
menggangu Jemaah lain dengan bau yang kurang menyenangkan.
Memilih masjid
Tadi dah pakai handkesem-handkesem dah. Pakai selipar, nak
menuju masjid mana pulak? Ada yang memilih masjid ade air-cond, ada pilih
masjid ada makanan free, ada pilih masjid toilet lawa and ada jugak yang pilih
masjid yang ada Unifi! Hehe. Pilih lah sesuka hati kamu lagi jauh berjalan,
insyaAllah Dia akan beri balasan yang setimpal.
Tapi yang
cannot-go-lah ada yang memilih masjid berdasarkan warna parti, “Owh masjid
jemaahnye ramai orang biru..tak nak la pergi”, “Owh Jemaah sini ramai orang
hijau, dok sembang bende tuh..je..menyampah”.
Come on guys..berlainan pegangan politik tidak patut menjadi
isu untuk kita bersatu dalam beribadah. Sedangkan mazhab pon seperti Sunni dan
Syiah bersatu di Masjidil al-Haram. Tak pulak masing-masing buat Ka’abah
sendiri? Inikan kita alahai berbeza pegangan politik ckit nak boikot masjid
sana sini
Memilih imam
Tadi dah harum semerbak, masjid pon dah sampai. Parking
kereta bawah pokok redup. Ni part masuk masjid nak solat. Kadang-kadang ada
yang saja masuk masjid lambat bila tengok tak dak orang sampai lagi. Sebab apa?
Takut kena tolak jadi imam *Macam skill aku je*. Itu tak pa lagi, ada pulak kadang-kadang
dipilih untuk menjadi imam, sebab dia paling tua dalam kalangan Jemaah tersebut.
Bukan nak kata imam tua tak bagus sebab ada imam muda. Hehe.
Cumanya kalau lah imamnya baca surah sambil terbatuk-batuk, semput-semput, nak
rukuk pon kuaq bunyi macam-macam..kenapa tak gantikan dengan seseorang yang
lebih berkudrat dan baik bacaannya?
Actually syarat nak menjadi imam mudah jah
Syarat Imam
1.
Imam bukanlah seorang ummi yang tidak betul
bacaan al-fatihah, cacat dari segi sebutan, ketiadaan syaddah dan sebagainya,
sedangkan ma’mum lebih baik daripadanya.
2.
Imam bukan dari kalangan wanita jika ma’mumnya
lelaki.
3.
Imam yang hendak diikuti itu bukanlah sebagai
pengikut kepada imam lain.
Ketika Solat berjemaah
Kadang-kadang orang ada orang akan kata “Solat di masjid
lambatlah..aku ade hal ni.”, haa..sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, cee solat
berjemaah kat Egypt. Masa antara Adhan dan Iqomat tuh..fuh..seriously sempat p
mandi, shampoo kepala bagi bau strawberry, gosok gigi, and shaving sempat. Lama
whoa..
Tapi kepada imam pula, janganlah syok sendiri, dok baca
surah panjang-panjang. Yela Al-Hafizkan..bacaan biar sesuai dengan makmum.
Macam saya dulu di STAR, setiap hari jumaat subuh mesti akan dibacakan Surah
As-Sajjadah dalam rakaat pertama. Time tu..Ya Allah..ngan mata separa
terbukaknya, ada yang terlelap pon ada..orang lain sujud, dia dok diri sorang-sorang.
Cuma satu benda yang saya tidak akan lupa ialah perasaan bila mendengar seorang
imam ni membaca dengan penuh semangat dan lunak suaranya sehinggakan membuat
saya tak jadi nak tido time solat tuh, dia adalah
Inche gabbana *Time tu saya
Form 1 dia Form 5 (Ketua Umum kot)*
Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu
berkata,”Sesungguhnya aku melambat-lambatkan dari sembahyang subuh disebabkan
imam itu memanjangkan bacaannya ketika bersembahyang bersama kami.” (Abu Mas’ud
berkata) aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w marah ketika memberikan nasihatnya
lebih dari marahnya pada hari ini. Sabdanya, “Wahai sekelian manusia,
sesungguhnya antara kamu semua ada (melakukan sesuatu) menyebabkan orang lain
lari, sesiapa antara kamu yang menjadi imam kepada orang ramai hendaklah ia
memendekkan bacaannya kerana sesungguhnya makmum dibelakangnya terdiri daripada
orang tua, kanak-kanak kecil dan orang yang hendak menguruskan keperluannya
dengan segera”.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Selesai solat
Kalau anda tidak tergolong dalam golongan-golongan di atas,
mungkin anda boleh menarik nafas hampir lega. InsyaAllah hati anda bersih
sehingga tidak terganggu dengan permasalahan di atas. Cuma akhirnya adalah…melihat
gelagat orang selepas solat.
Kadang-kadang terdetik di hati melihat orang yang selepas
solat tidak berdoa ataupun menunaikan solat sunat rowatib “Iskh..orang ni,
pakai je serban bagai, ingat sempurna sangatlah solat dia tadi? Sampai berdoa
pon tak mau. Solat rowatib ntah hilang ke mana la” or “Hek ele..nama ja budak
sekolah agama, aku yang tak sekolah agama ni tau buat solat sunat rowatib.”.
Dah tu, keluar masjid pulak dengan hati yang bangga sebab pergi
ke masjid dapat solat berjemaah kot,tiba-tiba ternampak couple dok seronok
sembang-sembang dalam kereta. P ketuk cermin macam nak pecah cermin! Pastu
marah-marah depa tak p solat. Marah semua orang la yang tak p solat, dari
kanak-kanak yang sedang bermain bola sehinggalah kepada pak cik jual keropok
yang tertidur di dalam van.
Sekiranya perkara ini pernah terdetik di hati-hati Jemaah masjid,
didiklah hati kita kembali. Sedarlah kita ini hamba Allah, kita bertandang ke
rumah-Nya untuk beribadat secara jami’e kerana kita tidak kuat berseorangan.
Kita melangkah ke masjid kerana rasa cinta kita kepada Pencipta kita. Masuk
dalam kalangan Jemaah masjid tidak membuatkan kita sedikit pon lebih baik dari
orang sekeliling kita, ia hanya mendekatkan kita dengan Allah. Mungkin orang
disekeliling kita ada cara lebih baik untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Ingatlah, Orang yang bertakwa itu adalah seorang hamba yang
patuh. Sifat seorang hamba pula ialah merendah diri. Dan mereka sedar yang
mereka ini menjadi hamba kerana tidak tahu mampu atau tidak untuk membayar hutang
yang dipinjam sebelum ini kepada Allah
Penulisan ini bukan untuk golongan yang baru hendak
menggerakkan hati ke masjid, Jom ke masjid! Its fun! Just post ini untuk orang
yang sudah ke masjid dan merasakan diri mereka perfect ataupun menjadi pujaan
gadis-gadis jalanan sehingga membuatkan golongan ini terpesong niat suci mereka
untuk bertemu Yang Maha Esa