Sudah 2 tahun saya mendekati keluarga ibu tunggal. Cuba mengenali kisah hidup mereka, melihat bagaimana survival mereka selepas kehilangan tempat bergantung yang bernama suami.
Banyak kisah-kisah sedih seperti suami meninggal ketika anak baru dilahirkan 2 hari, terpaksa menghantar anak ke rumah anak yatim kerana tidak dapat menyara anak-anak, hilang nafkah pencarian dan hanya mengharapkan hasil menjual rambutan di tepi jalan. Sungguh menyayat hati bila dikenang kisah mereka.
Mungkin ramai ibu tunggal akan merasa nasib mereka seperti sudah blackout, lilin pon tiada. Yela sudah sedih kehilangan suami kemuadian dilanda masalah ekonomi dalam keluarga.Tapi sedarlah, jika Allah mengambil sesuatu dari kalian, insyaAllah Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.
Sekiranya anda rasa anda kesempitan wang selepas kematian si pencari nafkah, jangan kuatir, sekiranya rezeki yang sudah tertulis untuk anda dan anak-anak, insyaAllah tidak kemana tapi usaha itu perlu dilipat ganda. Carilah segenap rezeki yang halal, dan PASTI pertolongan Allah itu akan seiring dengan usaha anda.
Bersyukurlah wahai ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim. Sepanjang kumpulan saya membuat kutipan derma untuk program Ibu Tungal dan Anak yatim, kami tidak menemui kesulitan. Ramai yang memberi sumbangan. Jelas menunjukkan Rakyat Malaysia sangat prihatin kepada golongan ini, Tidak perlu ada rasa kekurangan untuk ibu tunggal dan anak yatim kerana sebenarnnya jika anda rajin dan kuat berusaha, masyarakat lebih memandang tinggi kepada anda semua.
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah Al-Baqarah : 240
Namun sedarkah kita yang Islam telah menggariskan sesiapa yang hidup perlulah menulis wasiat? Perkara ini dipandang remeh oleh segenap masyarakat dan ada juga yang mengatakan “aish..tulis-tulis wasiat buat pa..bukan nak mati lagi”. Ingatlah yang ajal dan maut itu di tangan Allah. Wasiat ini penting kerana ia dapat membahagikan harta arwah kepada jalan yang sepatutnya. Sekiranya semua ini dilaksanakan, insyaAllah ekonomi keluarga selepas pemergian di suami dapat di atasi.
Saya sempat berbual dengan seorang rakan bukan Islam dan menceritakan yang trend di Mesir terutamanya, ramai pelajar yang berkahwin awal dan dia bertanyakan kepada saya tentang jangkaan umur untuk berkahwin. Saya hanya menjawab “hrm..maybe abit late form others, around 27”, kemudian dia menjawab “soo young!”. Rupanya dia menerangkan yang bagi yang berbangsa Cina, mereka perlu ada Rumah, Kereta dan juga wang simpanan sebanyak RM 20,000 sebelum berkahwin. *balik terus buat kira-kira..mau bujang sampai umur 30 aku ni*. Ya Allah sudah berjanji yang sekiranya kita umat Islam menunaikan ibadah ikhlas kerana-Nya, pastinya rezeki akan datang dari setiap sudut, namun tidak salah kalau kita bersedia sebelum berkahwin kan?
Satu lagi masalah yang timbul selepas pemergian seorang insan bernama suami adalah pelajaran anak-anak atau lebih mudah masa depan anak-anak. Sedih bila mendapat tahu yang ada anak-anak yatim hanya duduk di rumah anak yatim kerana mahu meneruskan hidup. Tidak ada hala tuju. Ada pula anak-anak kecil yang terbiar, hidup dengan hanya mencuri makanan. Seriously, ini macam dalam cerekarama, tapi hanya Allah saja tahu betapa sebak hati bila penjaga rumah anak yatim berkongsi cerita “Dia tuh memang nakal sedikit, sebab adek beradik lapar dan dia lah abang, terpaksa pergi mencuri makanan di kedai-kedai kemudian di tangkap polis, dan polis yang call Ummu(pengasas rumah anak yatim) mintak ambek budak-budak nie die tempatkan di rumah anak yatim ni”.
Ramai yang sebelum kahwin hanya fikirkan seronok mendirikan rumah tangga, ada orang tolong masak air pagi-pagi, ada orang tolong sediakan makanan, akan dapat anak untuk menceriakan hubungan suami isteri, tapi jangan alpa yang paling dekat dengan kita adalah maut. Seeloknnya buat satu plan kecemasan sekiranya salah seorang dari kamu akan pegi dahulu. (kalau lelaki, tak perlu la cari calon pengganti arwah isteri awal-awal sangat.haha! joking)Pilihlah pasangan hidup yang kamu percaya dia dapat membimbing permata-permata Islam yang lahir dari keluarga kamu ke arah jalan yang benar dan anak-anak kamu akan menjadi anak yang soleh dan solehah walaupun dengan ketidak beradaan kamu di sisi mereka. Carilah bakal Isteri/Suami yang berpegang teguh dengan agama Allah, yang berpendidikan dan tahu kepentingan menjaga zuriat demi masa depan Islam.
Allah itu MAHA ADIL, dan DIA tidak pernah merampas kebahagiaan seseorang mahupun sesiapa pun, malahan DIAlah yang memberikan KEBAHAGIAN, KEKUATAN, dan REZEKI kepada hamba-hamba-NYA
No comments:
Post a Comment