Saturday, November 26, 2011

Agonal Thrombus


Minggu lepas, dalam class phatology, Professor ada menerangkan tentang Agonal Thrombus. Apa itu thrombosis? It is formation of solid mass from circulating blood element in cardiovascular system or bahasa senangnya saluran darah tersumbat. And what is agonal? The moment before death or the pain before death. Jadinya Agonal Thrombus is thrombosis happen before death.

Bila lecturer menerangkan tentang agonal death, how suffer it is bila right ventricle of the heart stuck, then no oxygenated blood from pulmonary vein..can you just imagine that? Gasping for air at the very end of you life. Kemudian dia mengatakan tentang subject yang bakal kami akan ambil ketika di tahun 4 iaitu forensic, dimana akan melihat sendiri, muka patient yang meninggal dengan bermacam-macam ragam dan doktor perlu memeriksa punca kematian, terdetik dihati saya, aku ingin meninggal macam mana?

Jika diimbas kembali zaman sebelum saya menghargai nikmat Allah, saya hanya tahu untuk capai semua benda bila dewasa. itu SAHAJA. Antaranya menjadi doctor *cita-cita dari darjah 4* kemudian berkhidmat di Palestin or mana-mana Negara yang sedang berperang just simply sebab saya suka advanture. Ketika itu saya sedar semua orang akan mati, tapi saya tidak sedar yang saya tergolong yang akan mati dalam masa terdekat.Cuma mungkin kadang-kadang saya rasa mahu meninggal di Palestin.

Kemudian, setelah bertemu sinar Islam, mula menjinakkan diri dengan ilmu-ilmu tambahan, terasa ingin meninggal dalam sujud sebab tengok satu video yang mana seorang pak cik tua meninggal dalam sujud. Subhanallah. Apalah yang dilakukan oleh arwah tersebut sehingga terpilih untuk bertemu dengan Allah secara permenant ketika dalam solat. Inilah cara yang diimpikan oleh setiap muslim, meninggal dalam solat, meninggal syahid dan banyak lagi.

Namun baru-baru ini baru ku sedar, bila mendengar seorang penuntut di Kaherah yang meninggal ketika bangun untuk bertahajjud..*Allahuakbar, semoga rohnya di tempatkan dengan orang-orang yang soleh*. Bila mendengar berita tersebut, tersentak hati, dan rata-rata orang menyebut tentang pemergian hamba Allah ini. Terdetik di hatiku, kenapa aku tidak berdoa agar meninggal dengan cara yang tidak di sebut-sebut. Iyalah, amalanku ditahap mana, layakkah aku untuk dapat meninggal dalam keadaam sujud atau ketika bangun untuk tahajuud? Jauh benar untuk aku mencapai makam sedemikian, mungkin eloknya hanya berdoa agar meninggal dalam keadaan aku masih Islam dan senyap-senyap. Tidak menyusahkan sesiapa.

Bila berkata tentang kematian, semua orang akan takut, tapi tidak salah untuk bercita-cita dan berdoa bagaimana mana cara anda meninggal.Ya saya tahu hidup dan mati saya sudah tertulis oleh Allah, Saya hanya berdoa cara kematian bukan berdoa untuk mati. Itu dilarang. Namun apapun perlu ingat, kita hamba, Dia yang menentukannya. Lihat bagaimana Pedang Allah ataupun antara General Perang terhebat dunia iaitu Khalid Al-Walid meninggal diatas katil walaupun dia sangat berharap agar meninggal di medan perang dan ketahuilah yang badannya penuh dengan bekas calar akibat perang.*Namun ada sahabat yang mengatakan mengapa beliau tidak meninggal di medan perang adalah kerana, Pedang Allah tidak mungkin patah di medan perang, dan itu membuatkan Khalid sedikit tenang sebelum pemergiaannya*

Mungkin kini giliran anda berfikir tentang saat nyawa akan terpisah dari jasad. Semoga kita sama-sama mengingati-Nya

Thursday, November 10, 2011

Single Parent


Sudah 2 tahun saya mendekati keluarga ibu tunggal. Cuba mengenali kisah hidup mereka, melihat bagaimana survival mereka selepas kehilangan tempat bergantung yang bernama suami.

Banyak kisah-kisah sedih seperti suami meninggal ketika anak baru dilahirkan 2 hari, terpaksa menghantar anak ke rumah anak yatim kerana tidak dapat menyara anak-anak, hilang nafkah pencarian dan hanya mengharapkan hasil menjual rambutan di tepi jalan. Sungguh menyayat hati bila dikenang kisah mereka.

Mungkin ramai ibu tunggal akan merasa nasib mereka seperti sudah blackout, lilin pon tiada. Yela sudah sedih kehilangan suami kemuadian dilanda masalah ekonomi dalam keluarga.Tapi sedarlah, jika Allah mengambil sesuatu dari kalian, insyaAllah Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Sekiranya anda rasa anda kesempitan wang selepas kematian si pencari nafkah, jangan kuatir, sekiranya rezeki yang sudah tertulis untuk anda dan anak-anak, insyaAllah tidak kemana tapi usaha itu perlu dilipat ganda. Carilah segenap rezeki yang halal, dan PASTI pertolongan Allah itu akan seiring dengan usaha anda.

Bersyukurlah wahai ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim. Sepanjang kumpulan saya membuat kutipan derma untuk program Ibu Tungal dan Anak yatim, kami tidak menemui kesulitan. Ramai yang memberi sumbangan. Jelas menunjukkan Rakyat Malaysia sangat prihatin kepada golongan ini, Tidak perlu ada rasa kekurangan untuk ibu tunggal dan anak yatim kerana sebenarnnya jika anda rajin dan kuat berusaha, masyarakat lebih memandang tinggi kepada anda semua.

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah Al-Baqarah : 240

Namun sedarkah kita yang Islam telah menggariskan sesiapa yang hidup perlulah menulis wasiat? Perkara ini dipandang remeh oleh segenap masyarakat dan ada juga yang mengatakan “aish..tulis-tulis wasiat buat pa..bukan nak mati lagi”. Ingatlah yang ajal dan maut itu di tangan Allah. Wasiat ini penting kerana ia dapat membahagikan harta arwah kepada jalan yang sepatutnya. Sekiranya semua ini dilaksanakan, insyaAllah ekonomi keluarga selepas pemergian di suami dapat di atasi.

Saya sempat berbual dengan seorang rakan bukan Islam dan menceritakan yang trend di Mesir terutamanya, ramai pelajar yang berkahwin awal dan dia bertanyakan kepada saya tentang jangkaan umur untuk berkahwin. Saya hanya menjawab “hrm..maybe abit late form others, around 27”, kemudian dia menjawab “soo young!”. Rupanya dia menerangkan yang bagi yang berbangsa Cina, mereka perlu ada Rumah, Kereta dan juga wang simpanan sebanyak RM 20,000 sebelum berkahwin. *balik terus buat kira-kira..mau bujang sampai umur 30 aku ni*. Ya Allah sudah berjanji yang sekiranya kita umat Islam menunaikan ibadah ikhlas kerana-Nya, pastinya rezeki akan datang dari setiap sudut, namun tidak salah kalau kita bersedia sebelum berkahwin kan?

Satu lagi masalah yang timbul selepas pemergian seorang insan bernama suami adalah pelajaran anak-anak atau lebih mudah masa depan anak-anak. Sedih bila mendapat tahu yang ada anak-anak yatim hanya duduk di rumah anak yatim kerana mahu meneruskan hidup. Tidak ada hala tuju. Ada pula anak-anak kecil yang terbiar, hidup dengan hanya mencuri makanan. Seriously, ini macam dalam cerekarama, tapi hanya Allah saja tahu betapa sebak hati bila penjaga rumah anak yatim berkongsi cerita “Dia tuh memang nakal sedikit, sebab adek beradik lapar dan dia lah abang, terpaksa pergi mencuri makanan di kedai-kedai kemudian di tangkap polis, dan polis yang call Ummu(pengasas rumah anak yatim) mintak ambek budak-budak nie die tempatkan di rumah anak yatim ni”.

Ramai yang sebelum kahwin hanya fikirkan seronok mendirikan rumah tangga, ada orang tolong masak air pagi-pagi, ada orang tolong sediakan makanan, akan dapat anak untuk menceriakan hubungan suami isteri, tapi jangan alpa yang paling dekat dengan kita adalah maut. Seeloknnya buat satu plan kecemasan sekiranya salah seorang dari kamu akan pegi dahulu. (kalau lelaki, tak perlu la cari calon pengganti arwah isteri awal-awal sangat.haha! joking)Pilihlah pasangan hidup yang kamu percaya dia dapat membimbing permata-permata Islam yang lahir dari keluarga kamu ke arah jalan yang benar dan anak-anak kamu akan menjadi anak yang soleh dan solehah walaupun dengan ketidak beradaan kamu di sisi mereka. Carilah bakal Isteri/Suami yang berpegang teguh dengan agama Allah, yang berpendidikan dan tahu kepentingan menjaga zuriat demi masa depan Islam.

Allah itu MAHA ADIL, dan DIA tidak pernah merampas kebahagiaan seseorang mahupun sesiapa pun, malahan DIAlah yang memberikan KEBAHAGIAN, KEKUATAN, dan REZEKI kepada hamba-hamba-NYA