Di hadapan rumah saya di MTA City, Egypt terdapat sebuah kedai kecil beratapkan kayu ala-ala kedai nasi kukus ayam dara kak limah janda hujung kampung. Saya sangat kagum dengan kedai ini kerana ia merupakan satu-satunya kedai makan 24 jam di bandar besar MTA City sehinggakan saya memberi gelaran MAMAK MTA kepada stall kecik ini.
Mungkin ramai yang menganggap apa yang special sangat dengan kedai 24 jam, bersepah di Malaysia. Jalan sikit 50 meters, jumpa mamak's conner. . Apa yang membanggakan saya ialah kesediaan peniaga ini berbakti kepada pelangannya dalam menyediakan makanan walaupun dalam kegelapan pagi di waktu pada musim sejuk. Seriously, untuk berniaga dalam suhu 9-13 darjah celcius bukan perkara yang mudah(aircond paling sejuk pon 16 je kan) . Kalau di fikir secara logic,berapa sangat pelanggan yang akan datang pada pukul 1-5 pagi. Namun demi mencari rezeki yang halal dan menyediakan makanan halal untuk umat Islam, peniaga ini terus teguh berdiri di sisi kedai kecil itu.
Bila berkata tentang rezeki yang halal, teringin saya berkongsi tentang sebuah kisah popular tentang seorang hamba Allah yang sangat mementingkan rezeki yang dibawa pulang kepada anak isterinya mestilah dari sumber yang halal. Individu yang saya maksudkan ialah Ismail al-Adawiy, pada suatu ketika, dia tiada kain untuk membalut tubuh kecil anak beliau yang baru dilahirkan, kemudian dia menebalkan muka untuk pergi meminta kain daripada jiran-jiran sekeliling namun tidak diendahkan mereka. Akhirnya beliau pulang ke rumah dan berkata 'nampaknya Allah memelihara bayi kita ini sumber-sumber syubahat, tidak mengapalah, kita balut badan anak ini dengan kain yang buruk pon janji kita tahu daripada rezeki yang halal.' untuk pengetahuan anda,Ismail ini merupakan ayah kepada Rabiatul Adawiyah dan bayi yang tiada kain untuk dibalut badannya itu adalah Rabiatul Adawiyah sendiri. Seorang ahli sufi wanita yang sangat mencintai Allah.
Mengapa saya berkongsi dua kisah di atas? Kerana saya lihat ramai yang jadi rabun bila perkara berkaitan dengan wang termasuk saya. Kadang-kadang kita kurang pasti dari mana sumber wang itu, tapi masih menerima wang tersebut. Tapi ada juga sebahagian manusia yang mengutuk sumber wang tersebut namun masih menerimanya. Haha. Apa nak jadi dengan dunia?
Diriwayatkan daripada Nukman bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubahat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubahat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubahat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti pengembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkanNya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati.
Kemudian bila saya pulang ke Malaysia, saya terlihat sebuah iklan anai-anai.Ingatkan apa, rupanya iklan rasuah. Yes, dalam dunia perniagaan sekarang ramai(bukan semua) orang terjerumus dalam tanah jerlus rasuah ini. Tidak tahukah mereka duit rasuah itu haram dan jika diberi makan kepada anak bini, masyaAllah, generasi apakah yang akan dilahirkan nanti. Sepatutnya niat berniaga bagi seorang muslim itu adalah menyediakan perkhidmatan terbaik kepada umat Islam, bukannya untuk mengaut keuntungan berlipat ganda. Jadi jika kita ada produk terbaik, kita tidak perlu merasuah sesiapa untuk melariskan produk kita. Pelanggan sendiri akan mencari produk yang kita hasilkan insyaAllah.
Harapan saya, kita generasi muda yang masih belum berumah tangga dan yang bakal dikurniakan cahaya mata, fikirlah, masih belum terlambat untuk memilih rezeki yang halal, supaya zuriat yang dihasilkan nanti, dan menjadi manusia berguna seperti Rabiatul Adawiyah hendaknya.
No comments:
Post a Comment