Sunday, September 14, 2014

Pasir pun tak mampu penuhi nafsu anak Adam

Steak di Laman Grill Bangi
Memang lepas gian and halal

Peace be upon you.  Alhamdulillah, setelah sekian lama, ini rasanya entry kedua yang saya tulis ketika di India. Banyak pengalaman yang ingin dikongsikan, namun disebabkan keterbatasan waktu, jadi saya tak mampu nak janjikan untuk coretkan kesemuanya.

Kini saya sudah di tahun akhir pengajian Medic di USM-KLE India, dan sedang dalam posting “Public Health and Community Medicine”. Bak kata student Mesir dahulu, subject ni lah paling boring, sebabnya kami perlu belajar banyak perkara yang diluar subject perubatan contohnya pengurusan kesihatan sesebuah negara, stuktur organisasi jabatan kesihatan negeri dan sebagainya, namun bagi saya *ianya interesting banget! Haha.

Minggu ini kami melawat ke pejabat District Health Office di Belgaum, seminggu ulang alik sekali 2 kali sehari bertemu pengerak, pembuat dasar dan pemantau kesihatan seluruh warga Belgaum, India. Ada satu department yang sangat seronok demonstrationnya iaitu Department Food Safety and Quality Control. disini, pegawa menunjukkan banyak preservative yang telah dicampur dalam makanan sehinggakan mampu menjejaskan bukan sahaja quality makanan, tetapi juga kesihatan pengguna. Oleh hal yang demikian, adalah menjadi tanggujawab department mereka untuk menjaga kebajikan pengguna dalam consuming makanan yang baik.

Antara ayat yang tak boleh blah bila pegawai tersebut nyatakan ialah “We always take the food that looks good, like bright colour and shiney, but we don’t know that the producer put some way and colour to make it more attractive.” PAP! Rasa macam kene lumpur kat muka.  Tapi workload mereka sangat tinggi, di lab tersebut hanya ada 3 orang food analyst yang berkerja, merekalah yang perlu mengesan preservation terlebih di dalam makanan, merekalah yang perlu check kebersihan lebih daripada 500,000 kedai makanan di sekitar Belgaum dan sebagainya. Bila dengar depa cerita, busy beno bunyinye kerja tu. Bila melihat lab yang serba daif standard lab sekolah menengah dan work load yang banyak, terfikir pula saya “Sape lah nak ambil kisah pasal makanan halal for muslim plak di sini?”

Bila bersembang tentang makanan halal, banyak perkara yang saya baru sedar ketika berada di India ini, yelah..dulu semasa belajar di Mesir, semua makanannya halal KATANYA *Mata ke atas, tangan di bahu*, kalau di tanya pada Egyptian, makanan ni halal ke tidak, mau mengamuk tokey kedai, tapi sayang..definition makanan halal dalam islam itu tidak terhenti pada perkataan halal sahaja, tapi Islam define halal food as halalan toyyiban, this merely means allowed and permissible for consumption with relation to Syariah law as long as they are safe and not harmful. Kalau dilihatlah cara arab memasok…cara tebar roti ish(roti arab) tuh..hangpa pikiaq la sendiri naa..

Itu hidup di Mesir, di Malaysia pulak kita ada stigma dengan perkataan babi, majoriti bagi orang melayu, ape sahaja berkaitan dengan babi, memang haram semuanya, lupa pula mereka pada harta yang digunakan untuk membeli makanan, daripada mana sumbernya? Rezeki yang halal atau yang haram? Kebanyakan perihal halal lebih kepada isu babi, semua dilepaskan kepada pihak JAKIM, kira mana ada cop halal, halallah tuh. Jumpa DNA babi, salahkan JAKIM tak buat kerja, abes tu kita yang tak mau belajaq pasai criteria halal haram makanan dalam Islam ni, tak perlu dimarahkan? Ada juga yang kata..owh kedai tu tak dapat sijil halal sebab serve arak, tapi makanan dia halal je, boleh je makan..eh..pandai pulak kau nak bagi cop halal sendiri dekat kedai tuh.

Jadi bagaimana mahu survive di oversea tanpa bantuan Jakim bagi rakyat Malaysia yang macam saya ni? Yang knowledge agamanya ciput menyiput? Search online? Ataupun mengarapkan bekalan ilmu dari sekolah kafa dahulu?

Banyak persoalan yang timbul perihal makanan halal semasa saya di India ni :
1.     Boleh ke nak makan makanan yang di masak oleh non-muslim?
2.     Kalau makan makanan pure vegetarian sudah memadaikah untuk menjaga status halal kita?
3.     Kalau makan di kedai non-vegetarian, tapi kita tak tahu kedai tuh serve halal food or not, but we just order vegetarian food, adakah terlepas kita punya tanggungjawab?
4.     Kalau pan yang digunakan menggoreng makanan kita tuh, mungkin pernah digunakan untuk memasak makanan tidak halal, macam mana nak buat agar kita boleh gunakan untuk memasak makanan halal pulak lepas tuh, just basuh bersih guna sabun and air or perlu basuh 7 kali air tanah ka?
5.     Kalau saya nak juga makan protein dalam kedai yang tak tahu staus halalnya tuh, tapi saya pergi nak makan seafood jah, benda yang confirm halal, boleh ke?
6.     Kalau kedai tuh serve arak besaq nak mampuih, boleh ka makan kat kedai tu?
7.     Kalau cawan yang digunakan untuk serve arak, lepas basuh guna tap water, boleh dah ke digunakan untk umat islam minum daripadanya?

Sekiranya anda ada jawapannya, pernah bertalaqi tentang makanan halal, menuntut betul tentang makanan halal, harapnya dapat contact saya untuk berkongsi, kalau setakat sembang dalam usrah, itew pon join usrah gak. Hahaha. Belajar dari membaca buku lain, belajar berguru lain, tapi kalau nak menjawab persoalan di atas pon dipersilakan, cuma sila consider keadaan di Oversea yang majoritinya penduduk bukan Islam, and bukannya jawapan “Carilah kedai muslim lain”, persoalan di atas tidak akan timbul sekiranya ada kedai Muslim di sebelah pintu kedai yang tak tahu status halalnya tu ye hadek..

Kenapa makanan halal itu penting? Saya leave it to you untuk cari gali jawapannya di dalam hati, cuma mahu berkongsi perihal persoalan pertama yang saya timbulkan di atas, iaitu makanan yang dimasak oleh non-muslim.

Ini berdasarkan pengalaman diri ye, untuk menjawab persoalan tersebut, saya kira ada dua cara, pertama boleh makan dan yang kedua ragu-ragu untuk makan. Yelah ada sesetengah diantara kita yang katakan,  “Alah..ah cong ni seumur hidup dia duduk dengan melayu, dia tahu lah nak serve kita makanan halal”. So dengan reason tersebut segelintir daripada kita mengatakan boleh je makan makanan non-muslim masak tanpa pengawasan seorang muslim di dalam dapur.
Bagi saya cara terbaik untuk selesaikan persoalan ini adalah meletakkan diri kita dalam situasi memasak, makanan ‘halal’  bagi individu beragama lain sebagai contoh yang beragama hindu yang pure vegetarian ataupun bagi mereka yang tidak boleh memakan daging lembu. Berapa peka kita tentang makanan mereka? Pengalaman saya memasak untuk rakan non-muslim, mereka pon menjaga, “owh pan tuh boleh tak goreng dulu daging kambing aku, then korang nak guna untuk masak daging lembu lepas tuh terpulang lah”.  And and how we take care of that matter bila kawan kita tak mengawasi kita, adakah kita campur je semua daging di goreng sekali? Apa yang kita buat di belakang mereka? Kalau lah diri sendiri pon tidak peka tentang orang lain, tidak amanah menjaga sensitiviti agama lain, are we expecting the same thing from them? Just because we think that we are  the majoriti? So they should know about us and respect us more?


Sedarlah yang dimakan itu akan menjadi darah daging, jom kita tuntut ilmu tentang benda yang bisa kita control dengan tangan, bukan asal bedal dengan nafsu naa…