Saturday, November 16, 2013

Mesir Aku


Peace Upon You. First of all, let us pray for our friends in Egypt. May Allah ease them all. Alhamdulillah selama empat tahun saya berkelana di bumi para anbiya namun kini dihalakan pula rezeki untuk ke India bagi menyambung baki 2 tahun pelajaran.*bukan senang oi nak jadi doktot, p mesir, p india. Fuh..* Sebenarnya banyak kenangan manis serta pegalaman yang mematangkan jiwa anak muda ini, yang fresh2 keluar dari sekolah menengah terus di berikan kepercayaan oleh keluarga untuk menjaga diri sendiri di rantauan.

Dalam post ini, saya ingin compilekan sekiranya mampu semua kenangan ketika berada di Mesir. Kalau nak tahu details, boleh kot baca sendiri blog ni, sebabnya saya start blogging pon semasa cuti raya haji di Mesir. Bosan tahap gaban, kemudian ada internet pulak membuak-buak. Hehe

Mesir mengajar aku erti persahabatan yang jitu tanpa niat berpolitik, tanpa rasa inginkan balasan serta tanpa mengira kaya mahupun miskin. Di sini rakan itu seperti keluarga. Biasalah dalam keluarga kadang-kadang ada yang bertelagah dek kerana berlainan pendapat. Apa pon kemanisan berkeluarga di Mesir ini barangkali susah untuk dapat di tempat lain. Ilmu dikongsi tanpa di suruh, nasihat di beri tanpa diminta dan pertolongan dihulurkan tanpa perlu bersuara.

Alhamdulillah, walaupun saya tidak lah benar-benar grab semua mutiara ilmu agama Islam di sini, namun tempias itu adalah juga, bak sabda hadis Nabi Muhammad S.A.W, Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, pasti melekat juga baunya. Sempat bertalaqi, sempat mencelupkan sikit hati mengenal ilmu tasawuf dan banyak lagi. Yang tidak mungkin dapat dilupakan ialah laungan azan bertubi-tubi di Mesir. Sana dok azan, sini pon nak azan, yang sinun pon azan jugak..

Survival di Mesir itu bukannya mudah dan tidak lah susah. Sekiranya kita mahu, insyaAllah kita akan dapat apa yang kita mahukan. Mungkin orang akan highlight-kan ke-hectic-an dengan perangai orang Mesir, namun ia benar-benar mengajar kita  yang sebenarnya kita perlu menjadi tegas untuk terus maju kehadapan. Adab ketimuran itu perlu digunakan hanya untuk occasion yang betul. Haha. Dari berebut van di musim sejuk pukul 2 pagi, ada yang masuk ikut tingkap, ada arab yang tutup pintu dan macam-macam perangai. Ingatkan perangai tersebut hanya dijalanan, namun di perjabat untuk berjumpa Profesor pon kita tidak perlu mengetuk pintu, perlu masuk dan berebut untuk bercakap dengan mereka.

Lapisan pemikiran dalam masyarakat Melayu Mesir pon berbeza. Ingatkan datang dari adat resam yang sama, boleh lah membina jati diri negara bangsa di perantauan, tapi bak kata pepatah inggeris “Too much cook will spoil the soup”.  Mungkin Melayu itu akan maju bila mereka segelintir barangkali. Apa pon seronok sebenarnya melayan kerenah orang melayu di perantauan dengan pelbagai background, ada yang berpegang kepada ilmu, ada yang menyantuni buku, ada yang hanya mendengar ceramah digunakan sebagai asas tiang dakwah. Ini semua variasi kehidupan sebagai seorang pelajar melayu di Mesir.

Anyhow, rugilah sekiranya bermusafir tapi tidak menikmati kecantikan ciptaan Allah. Alhamdulillah banyak tempat-tempat menarik di Egypt *walaupun vacation yang saya hanya pernah sertai adalah ke Gunung Sinai selama 2 tahun berturut-turut*. Banyak pantai yang indah-indah, laut yang biru boleh dilawati. Mesir itu bukan hanya sebuah negara padang pasir ya? Siapa nak sangka akan ketemu salji di pergunugan Sinai setinggi peha saya? *kaki saya panjang lah jugak*. Itu adalah snow pertama saya selepas menikmati cendoi durian di batu 9 Tanjung Karang.

Saya mengambil keputusan untuk berhijrah pula ke India dek kerana dahagakan pengalaman baru, Yela muda-muda gini lah nak timba pengalaman, tua-tua esok kita cebok-cebok pula pengalaman.  Harhar.


Saya rasakan setiap orang yang saya kenali ataupun terserempak di Mesir itu adalah takdir, kalau ada yang membantu, saya ucapkan terima kasih. Bagi yang ada terguris hati saya minta maaf. Bagi saya semua orang itu adalah sahabat walaupun kadang-kadang kita ada pandangan berbeza. Yang penting kita perlu bersetuju untuk tidak bersetuju. Doakan kejayaan saya ye and semua sahabat2!