Minggu lepas, saya berpeluang menonton filem Harry Potter bersama soerang rakan, walaupun lambat, namun bersyukur dapat juga menonton filem tersebut. Yela, siapa yang mahu ketinggalan menonton filem Harry Potter yang terakhir.
Novel berkisarkan dunia magic ini berjaya menjadikan J.K Rowling seorang Jutawan atau lebih tepat bilionaire dalam masa 5 tahun. Itulah rezeki yang tertulis untuk seorang janda ini.
Namun apa yang menarik tentang kisah Harry Potter ini? ia hanya sebuah cerita yang mengisarkan secara terperinci tentang dunia magis dan berlatar belakangkan masyarakat yang mengamalkan magis. Adakah ini inti pati yang dicari oleh penduduk dunia ketika ini, untuk keluar seketika dari realiti masalah mereka dan masuk ke dunia magis Harry Potter ini.
Seperti yang kita tahu unsur-unsur magis dan ghaib ini telah banyak kali di sebut di dalam Al-Quran, dan antara hamba Allah yang dikurniakan mukjizat magis adalah Nabi Musa A.S.
Firaun menjawab: "Kalau betul engkau datang dengan membawa sesuatu mukjizat maka bawalah dia (supaya aku melihatnya), jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya, tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
Surah Al-A'raf : 106-108 (Firaun pon suka tengok magic!)
Rupanya, sejak zaman dahulu lagi manusia memang tertarik dengan unsur-unsur magis. Namun adakah kita sedar yang magis itu berlaku dengan izin Allah? Apa yang kita lihat magis di kaca tv ataupun seperti yang digambarkan dalam Harry Potter itu semuanya dengan izin Allah? penyapu dalam filem itu tidak akan boleh terbang tanpa izin-Nya. Penyapu hanya akan terbang bila kamu balik rumah lambat selepas maghrib, itupun sebab mak kita yang baling penyapu tuh!haha!
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Surah Al-Baqarah : 102
Semoga selepas ini, iman kita bertambah bila melihat magis seperti penyihir-penyihir di zaman Firaun yang tunduk kepada kekuasaan Allah. Jangan biar kosong sahaja hati itu
Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud. Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.
Surah Al-A'raf : 120-121
Selamat Berpuasa!