Friday, June 7, 2013

Bilik Kosong

My study groupmate "Abg nak belajar boleh??"
Credit picture from Abu Bakar

Peace Upon You. Fuh alhamdulillah genaplah sebulan saya berpindah ke rumah yang baru. Rindu juga ahli bait lama sebab memang close duduk satu rumah selama 4 tahun. Tapi persahabatan tak kan putus macam tu je kan?

Agak awkward sebenarnya bila duduk dalam bilik seorang. Biasanya di asrama STAR dulu, satu dorm 24 orang lelaki *seronok weyh, macam2 perangai ada*. Lepas tu masuk University, duduk satu bilik 2 orang dengan cousin. Ni tetiba duduk sorang satu bilik..

Walaupun bilik saya ni boleh dianggap serba lengkap, maknanya ada meja study, ada tilam, ada almari dan sebagainya, tapi masih terasa kosong. Fuh..apa atau siapakah yang mampu mengisi kekosongan ini? Haha!.

Ini ke syndrome bilik seorang? Memang sape bilik single nak tuka bed ke king size ek? Ataupun saya seorang sahaja?  Kadang-kadang duduk termenung sorang-sorang kita akan terfikir nak berkeluarga?Scary..

Bila saya terfikir untuk berkeluarga, tetiba ada satu fikiran yang menepis lamunan sebentar tadi dengan berkata “Kau ingat senang nak build family?”Yup! Betul! Bukan mudah untuk membina sebuah keluarga bahagia.

Alhamdulillah saya sudah dua tahun berkecimpung dalam bidang kepimpinan secara serius dengan ‘Family Siswa’*Saya anggap organisasi saya as my family kat sini*. Banyak pengalaman yang ditimba. Tahun pertama mungkin saya bukan sebagai ‘Ketua keluarga’, tapi mungkin sebagai abang je kot. Tetiba ada masalah dalam organisasi yang some of ahli dalam keluarga kami ni berasa tidak selesa dengan ahli keluarga yang lain. Sama juga macam situasi keluarga yang mana adik beradik bergaduh manja. Menitik juga peluh tolong memikirkan penyelesaian masalah ini. Yelah kalau family di rumah, Ayah dan mummy yang settelkan dan saya dan adik beradik yang gaduh. Haha. Walaubagaimana pun masalah itu dapat diselesaikan sehinggakan yang bermasalah tadi mereka menjadi rakan baik. *tak percaya cuba tanya sesiapa yang pernah tengok macam mana Siswa AQ last year bekerja*

Bila dalam tahun kedua, saya diberikan tanggungjawab untuk menjadi ketua keluarga. Pergh…Orang kata, kalau kahwin seronok bagi lelaki. Yela dapat jadi ketua keluarga. Seriously…SUSAH GILA!!. Korang ingat seronok ke jadi ketua keluarga? Kene fikir macam mana nak bagi anak-anak rajin belajar, kene fikir macam mana nak hidupkan suasana kasih sayang dalam family, kene fikir macam mana untuk tampak tidak bosan dan easy to share problems parenting *Maknanya kalau anak-anak ada masalah,mereka akan lebih suka share dengan parent instead of bf, bff or gf*. See? Senang ke menjadi ketua keluarga?

Saya berkata begini bukan apa, rata-rata dari golongan bujang tidak kira, sama ada lelaki ataupun perempuan, mesti akan berkata “Haih..kan senang ada isteri, balik je rumah nanti ada mananan” , “Seronoknya ada hubby, feel save jalan dengan dia”. Ye seronoknya berdua, tapi bila datang yang ketiga? Rezeki dari Allah tu tetiba pasangan yang romantic tadi mula terhakis dek kerana tidak bersedia untuk menanggung tanggungjawab yang besar. So be ready! Jangan gatai nak kahwin je noe? Harhar, Pikiaq sama plan untuk ada anak, pendidikan anak serta tarbiyah mereka. Contoh sapa  nak ajaq depa baca Quran? Kalau nak ayah sendiri yang ajar, Kita yang lelaki ni yang kene bersedia. Kemudian siapa yang akan mengajar anak kita berwudhuk? Cikgu sekolah agama ataupun ibu bapa? Ajar untuk menunaikan solat dan bagaimana mahu pujuk anak untuk solat? Everything you have to get ready by now. Bukan selepas kahwin baru fikir.

Mungkin sebelum berkahwin, kita boleh tanya diri kita, Adakah aku bernikah ini hanya untuk sebagai teman tidur? Adakah aku berkahwin ini untuk mendapatkan baby yang comel? *Ramai yang suka stalk picture baby2, bajet bakal ibu mithali. Harhar. Ameen*, ataupun adakah aku bernikah ini untuk membantu satu sama lain untuk mengecap cinta Allah.


Apa pon, kekosongan bilik saya Alhamdulillah diisi dengan kehadiran rakan-rakan untuk study group. Seronok gila!! Mungkin saya ni tak pandai layan tetamu, tapi jemputlah datang ye ke bilik saye ni. Paling epic setakat ini adalah muat 10 orang study Community Medicine Practical Exam dalam bilik saya sewaktu blackout selama sejam. Study pakai lampu phone je masing2. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Thursday, May 30, 2013

Kenapa aku hidup lagi?

Kredit : Media PCZ

Peace Upon You. Alhamdulillah Beberapa minggu lepas dapat join lawatan sambil belajar ke Makam-makam sekitar Kaherah. Paling best dapat melawat Jabal Muqattam. Tempat dimana wali-wali Allah disemadikan. Satu bukit penuh! Ramai baq hang.

Yeah, setiap orang ada reason masing-masing untuk menyertai lawatan ini. Ada yang mahu bertawasul, ada yang mahu melepaskan lelah, ada yang saja nak ramai-ramai ronda kawasan perkuburan. Harhar! Tapi bagi saya, saya cuma mahu kenal hamba-hamba Allah ini dan tahu bagaimana mereka mampu mendekatkan diri dengan Allah.

Antara kenangan manis semasa melawat makam-makan tersebut, saya rasa paling special bila kami melawat makam “Wali Soghir” ataupun translationnya, wali kecil.

Siapa itu wali kecil ini? Nama beliau ialah Syeikh Ashraf Ar-Rifai’e Al Husaini. Apa keistimewaan beliau? Di awal usia 2 tahun beliau mula menghafaz Al-Quran dan pada usia 3 tahun bacaan Qurannya didengar oleh Syeikh-syeikh Azhar seterusnya mereka mengesahkan bacaan Al-Quran beliau betul. Pada usia yang muda beliau mula berdebat ataupun berbincang dengan syeikh-syeikh pada ketika itu. Nah! Disini buktinya, Allah itu Maha Esa. Macam mana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun mampu memperoleh ilmu-ilmu ini? Namun hamba Allah yang istimewa ini meninggal pada usia 4 tahun.

Apa yang menyayat hati saya ialah, bila mana ibu bapa Wali Soghir ini yang menjaga makam anaknya. Lembut kedua orang tua ini menjaga kubur anak mereka. Menanti pengunjung yang tiba dan melayan kami bagai anak mereka sendiri. Sangat friendly. Di akhir pertemuan, saya tidak tahu siapa yang mengucapkan perkataan ini, namun ianya betul-betul terpahat di sanubari saya “Semua orang ada ujian masing-masing, termasuk Wali-wali Allah”

To be honest, saya kadang-kadang rasa putus asa untuk mencari jalan pulang kepada-Nya. Kalau term medicnya, “stuck in my own revolving door”. Keadaan dimana kita cuba meninggalkan maksiat, bertaubat namun kerap tersasar kembali ke jalan yang lama. Sedih tuh kadang-kadang sampai tahap dalam doa saya bertanya, “Ya Allah..kenapa Engkau masih memberikan aku peluang untuk hidup? Aku tahu itu dosa, aku cuba elak, tapi aku terbabas juga, lalu ku pohon keampunan dan terbabas lagi. Seperti aku mempermainkan janjiku pada-Mu”

Tapi semalam, saya dapat “double kill”. Pertamanya pagi-pagi bila baca Quran. Suran Al-Anfal : 33. Actually ayat ini Allah turunkan untuk penduduk Makkah dalam peristiwa Hijrah. The whole story start from ayat 30-35. Boleh buka tafseer Quran untuk penerangan lebih lanjut.

Cuma sangat terkesan kepada saya yang literally hanya membaca Ayat 33 di second main thing iaitu “Dan tidaklah (pula) Allah akan menghukum mereka, sedang mereka  (masih) memohon ampunan”

Saya ni jenis baca 1 ayat, kemudian terus baca terjemahan, pastu sambung balik baca ayat seterusnya. Yela arabnya tak paham kan. Bila baca terjemahannya..terus my heart skip a beat! Maybe aku masih ada harapan..

Kemudian, my second hit bila matlutfi p post plak video Sebelah Sayap. Pergh..menusuk kalbu part yang kawannya yang sedang cuba berubah, asyik tulis atas kertas puteh kemudian padam and then do it again. Huuu..memang itu yang saya rasakan, tapi matlutfi berjaya sampaikan dalam bentuk perbuatan. Betullah apa yang saya rasa, give up bila buat salah, bertaubat tapi buat lagi. Kalau ditulis atas kertas, padam, then tulis balik. Mau koyak oi kertas tu.

But in the end, I jump on to simple conclusion dari ayat Surah Al-Baqarah yang kita selalu baca kalau jumpa hantu. “yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). ”
 

Mungkin kita rasa kita tak patut hidup, kita lelah dengan diri sendiri yang dok buat dosa yang sama balik. Tapi hanya Allah sahaja tahu apa yang akan terjadi masa hadapan. Mungkin kita hidup ini bukan untuk kebaikan diri sendiri, tapi masa hadapan kita mampu membawa kebaikan untuk orang lain. Apa-apa pon, quotes dalam video sebelah sayap paling best "Kalau tak dapat pahala berhenti buat dosa, atleast dapat pahala cuba jadila"

Friday, May 17, 2013

Permata Untuk Family Siswa AQ




Peace Upon You.  Alhamdulillah dan setinggi kesyukuran, kerana pada tahun ini, Allah telah menemukan saya dengan sebuah lagi keluarga yang sangat unik. Tahun lalu saya hanya sebagai salah seorang daripada ahli keluarga, tapi kali ini saya kene jadi ala-ala ketua keluarga.

Tapi apa yang paling saya seronok dengan keluarga Siswa AQ Zagazig kali ini adalah perkongsian ilmiah yang berlaku dalam pimpinan dan mereka tidak lokek untuk menasihati saya.

Wise men don't need advice. Fools won't take it.
Benjamin Franklin

Sejujurnya semua pimpinan yang lain lebih hebat daripada saya. Ada Al-Hafiz, Hafizah, Retis, Gamers, sportman/woman, business minded dan ada jugak yang dia cakap, dia sorang sja paham bha. Tapi lihat lah nasihat mereka terhadap saya. *Yelah, siapa lah saya nak memintal buih. Saya ni tak pernah pegang jawatan tinggi-tinggi*
Kepada Abrar dan Aiman. Terima kasih tolong support saya. Like I said before “Tak dak hangpa, hancuslah Siswa AQ kalau nak ikutkan bekalan ilmu akhirat aku ni”. Aku jugak nak minta maaf kalau buat keputusan tak mintak pandangan hangpa or tolak terus ka.
Kepada Syaufiq dan Amira Afiqah. Semestinya korang lagi bagus dari Setiausaha tahun lepas. You both work really well together. Buatlah apa yang termampu untuk bawa banyak lagi perubahan kat Siswa AQ ye?
Kepada Abu Bakar dan Izyan. Mantap gila korang “Cari” duit. Banyak program boleh dijalankan. Kalau nak tahu, si Abu bakar ni aku rasa orang paling lembut hati dalam Siswa AQ selepas ekhwan. Mulut je pot pet kat aku, tapi kerjanya jalan tolong adik-adik. Izyan pulak maintainkan gelak anda. Seronok dijadikan bahan. Paku memaku amalan Siswa AQ.
Kepada Sofi dan Mardiah. Tahniah, banyak program ilmiah yang memang patut dijalankan untuk mengisi package pelajar sebagai pelajar sains kesihatan di Mesir. Harap untuk sesi kedua tambahkan lagi program. Dan nak tengok Sofi plak buli Mardiah. Ape pon Mardiah Exco Dakwah Paling Sporting dan keterdepan.
Kepada Faathir dan Aishah, tak tahu la korang ni pakai konsep ninja ke ape, tapi buat kerja senyap je and berjalan lancar. Tak pernah merengek. Walaupun kerja berat tapi masih laksanakan dengan penuh tanggungjawab. Congrats!
Kepada Faiz dan Munirah, satu gandingan fresh dan matang. Bagi je kerja mesti siap. Memang baguih! Cuma lepas ni jangan takut nak buat benda baik. Kita bukan nak main politik, we just want to deliver a better service. Cewah! Menunggu idea hangpa untuk fasa kedua next year
Kepada Naqi dan Dell. Banyak perubahan. Kebergantungan pelajar kepada media Siswa juga meningkat. Perubahan fizikal di markas pon bakal berlaku. Good luck! Dan kepada akak bad ass, nak tengok sekali side artistic hang. Hahaha
Kepada Wak dan Shasha. Dua-dua kuat bersukan cuma seorang tu suara sedap *Sape ntah*. Walaupun baru handle satu jaulah. Don’t worry, semua orang boleh buat program, tapi tak semua mampu buat yang rare. Cuba cari something rare dan buat perubahan untuk jangka masa panjang. Pape pon nice job!
Kepada Luqie dan Balqis, terima kasih sangat-sangat mencari nafkah untuk kami. Harhar. Hangpa cari duit, kami habiskan duit. Tak mustahil target mampu tercapai. Gandakan usaha untuk fasa kedua nanti dan balik Malaysia nanti try to do something ok? Sorang tu sila jaga kesihatan, dan sorang lagi yang nak jadi sador tuh, usaha keras lagi!
Last but not least, yang terakhir sebelum saya ialah Ekhwan dan Hajar. Saya panggil hangpa gandingan masam-masam manis. Luar ja nampak tak kesah, tapi sebenarnya saling membantu. Customer semua puji hangpa oih! Tapi kerja pon ada had ya..kesian penat.
Dalam fatrah Final exam ni, Saya nak ucapkan selamat maju jaya semua. Ingat ! Apa yang kita lakukan ini adalah jihad. Dan Jangan biarkan jihad di jalan Allah ini dicemari fitnah disebabkan kita. Kalau selepas solat kita berdoa untuk ahli keluarga di Malaysia, doakanlah juga ahli keluarga Siswa AQ.
And im hoping ideas from you guys for the next coming second term insyaAllah. Pray For Us

Sunday, February 24, 2013

Kiranya aku hidup di Zaman Rasullullah



Peace Upon You. Recently, Rancangan "Lau Kana Bainana" (Sekiranya Rasulullah Berada di Antara Kita) menjadi fenomena, berjaya menitiskan air mata ramai orang melalui satu respond seorang wanita berpurdah menangis bila ditanya apa yang kamu akan buat sekiranya Rasulullah berada di antara kita. Hati mana tidak tersentak, bila mana diingatkan tentang sunnah Rasullullah, kemudian dilihat keadaan masyarakat kini.

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa.
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan.
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam.

Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu.

Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.

Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang,
Tuhan kepada seluruh Alam

Wahai Kekasihku Wahai Muhammad
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.


Di atas adalah lirik lagu Lau Kana Bainana. Sedih kan? Nampak sangat kita mendayu-dayu mengaku kesalahan serta mengharap belas kasihan dari dua cinta paling atas kita iaitu Allah dan Rasul-Nya.

Tapi kita selalu terperangkap memikirkan “sekiranya Rasulullah bersama kita”. Dengan perasaan ini, ia hanya membawa kita kepada regret instead of  repent.

Kenapa tidak kita memikirkan “Sekiranya Aku hidup di Zaman Rasulullah”. Mengapa saya bangkitkan persoalan ini? Kerana bagi saya, dengan cara ini kita dapat berfikir kelebihan kita sebagai Ummat Nabi Muhammad dan cabaran sekiranya kita hidup di Zaman penyebaran dakwah Islam.

InsyaAllah ini akan  meningkatkan  penghargaan Islam genetic yang Allah kurniakan kepada kita ini. Baru kita tahu value betapa beruntungnya kita diberikan nikmat Islam ketika lahir lagi. Baik, mari kita patah balik dan bayangkan kita hidup di zaman awal Rasullullah menyampaikan dakwah.

Di awal dakwah Nabi Muhammad S.A.W, Islam ini hanya diterima  oleh 5 orang penduduk Makkah ketika itu. Kemudian berkembang menjadi banyak .Namun walaupun bertambah, tetapi tidak ramai. Adakah kita akan tergolong dalam golongan yang diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam ketika itu?

Sekarang ini, Islam itu dianuti 1/3 daripada penduduk dunia, kita rasa selesa untuk mengamalkan pegangan kita di mana-mana tanpa rasa malu. Kalau kita hidup di zaman RasulAllah? Mereka di berikan tekanan yang sangat teruk. 

Pertamanya, sekiranya hamba, mereka akan di seksa jika memeluk Islam.Bukti keluarga Sumayyah iaitu syuhada pertama. Kemudian Bilal bin Rabah. Tidak cukup dengan itu, sekatan ekonomi dikenakan kepada pedagang islam pulak, musyrikin Makkah tidak akan melalkukan urusan jual beli dengan peniaga yang memeluk Islam. Habis suda diseksa, urusan perniagaan disekat, pergi pula kepada wanita Islam yang ramai tidak dapat berkahwin  kerana dipulaukan.

Begitulah tekanan, seksaan serta kepayahan umat Islam ketika di awal penyebaran dakwah RasulAllah. Adakah kita mampu menahan segala permasalahan tersebut dan memeluk Islam? Cukupkah iman kita? *Sekarang pon segala apa berkaitan duit, kita sudah rabun mata, tak Nampak dah halal dan haram*

Kemudian alasan musyrikin Makkah tidak mahu memeluk agama Islam, bila mana mereka rasakan amalan nenek moyang mereka itu sudah cukup sempurna dan mereka terus tidak mahu menerima satu ilmu yang baru. Atau dengan kata lain badak bebal. Haha. Sifat tidak mahu mencari ilmu baru, dan merasakan diri sudah cukup sempurna.

Sejujurnyalah, pernah atau tidak kita terfikir, sekiranya aku hidup di zaman RasulAllah, kemudian baginda datang mengatakan amalan aku lakukan selama ini salah, apakah respond aku? Adakah terus naik angin dan menghalau baginda? Ataupun duduk sejenak mendengar penjelasan baginda?

Persoalan ini saya kira boleh dijawab melalui cara kita menerima dakwah ataupun ditegur dewasa ini. Yelah sekarang Ilmu Islam merata. Di facebook, di twitter bagai. Bila kita di tegur seseorang, kita melenting! Dan berkata “helleh dia tu, baru belajar agama ckit, dah nak poyo. Aku baca gak pasal agama kot kat facebook. Aku tahu la mana halal dan haram”. Sekiranya sikap ini ada pada kita iaitu tidak mahu menerima nasihat kebaikan, apa akan jadi jika kita hidup di zaman Rasulullah?

Kadang-kadang kita berdoa untuk bertemu RasulAllah sebab masyarakat punyai satu pemikiran, sesiapa yang pernah berjumpa RasulAllah itu, mereka orang yang kuat imannya. Ya benar, tapi jangan kita lupa, tentang Abu Jahal, yang hidup sebelum RasulAllah, hidup ketika RasulAllah berdakwah tapi tidak terpanggil untuk memeluk Islam malah menentang dakwah Rasullullah

Seorang lelaki terkenal kerana kemustajaban doanya yang hidup di zaman RasulAllah tapi tak mampu berjumpa dengan baginda iaitu Uwais al-Qarni. Beliau hanya mendapat dakwah Islam sama macam kita, tanpa bertemu dengan RasulAllah, tapi pegangan imannya sangat kukuh. Harapnya kita mampu jadi begini kerana kita ini juga pernah disebut oleh RasulAllah diakhir nyawa baginda iaitu “Ummati, ummati, ummati”

Konklusi yang saya cuba bawakan, cuba kenang balik betapa bertuahnya kita dikurniakan nikmat Islam walaupun RasulAllah sudah mangkat, namun betullah Sabda  RasulAllah, bahawa baginda sudah tinggalkan dua wasiat agung iaitu Al-Quran dan Sunnah untuk dijadikan pedoman. Sesungguhnya kerja baginda sudah sempurna, terpulang kepada kita untuk mengaplikasikan.