Tuesday, October 4, 2011

Race among races


Nik Aziz said he was puzzled why Malaysians could accept the death penalty, which was carried out by hanging for those convicted of capital offences but rejected the Islamic law which had very stringent requirements before one could be punished.

He also chided non-Muslims for fearing hudud and fiercely opposing it when the law was only meant for Muslims.

“In Kelantan, we have ruled for 20 years... have we killed a non-Muslim? No. Have we pulled one hair from their bodies? No..

“The law is for the syariah court ... for Muslims. It is not in the civil cour t.” Nik Aziz was speaking at a press conference on the sideline of Pas’ 60th anniversary celebrations at Dewan Millenium here.

Read more: ADAMANT ON HUDUD

Petikan di atas membawa senyum kepada air muka saya bila membacanya. Bagi saya apa yang dikatakan Mursyidul Am Pas itu semuanya betul, namun mungkin bagi pembangkang hukum hudud, mereka pasti tidak dapat membuka minda lagi walaupun apa yang dikatakan beliau itu jelas. Mungkin kerana figure seorang pengamal agama Islam yang sangat berpegang teguh kepada tali Islam membuatkan orang sekeliling yang tidak beragama Islam ataupun mendalami agama Islam merasakan apa yang dikatakan beliau itu sebagai extreme.

Ramai yang cuba menolak dari hukum hudud diaplikasikan dalam perundangan di Malaysia hanya kerana menjaga hati rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Daripada rakyat naiklah ke pemimpin, semuanya masih takut bila mendengar hukum hudud. Walhal hukum hudud hanya akan diamalkan dalam Mahkamah Syariah.

Tika negara diselumbungi ketakutan tentang hukum hudud dan negara berbilang bangsa ini, pernahkah kita menyingkap kembali sejarah Islam iaitu penubuhan negera Islam pertama di dunia iaitu Madinah. Terdapat berbilang bangsa di dalam negara tersebut dan mereka bebas mengamalkan agama mereka masing-masing dan jangan buat lupa yang HUKUM HUDUD diamalkan ketika itu. Kuncinya adalah menghormati latar belakang setiap kaum dan cuba memahami kaum-kaum yang berbeza.Rakyat bukan beragama Islam menghormati hukum hudud yang akan dilaksanakan ke atas penduduk Islam dan umat Islam menghormati kebebasan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam. Ini telah diterangkan dalam Al-Quran :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Surah Al-Hujuraat : 13

Lets us gather from any races and worship Allah, but not only obey Him but act like we’r from different races

Kalau dulu Martin Luther Jr. meng’quote’kan “I have a dream” saya juga akan menyatakan :

I have a dream that one day, all the non muslim will convert to Islam or atleast will respect Allah and Islam. And the same thing goes to muslim to respect others religion in order for us to have a great nation.

Tapi untuk merealisasikan impian saya di atas, kita umat Islam perlu bersatu dan menghormati antara satu sama lain. I mean sesame umat Islam DAHULU. Ini tidak mustahil kerana sejarah telah membuktikan bila mana kaum Aus dan Kharaj bersatu lalu terbinalah sebuah negara Islam yang begitu utuh. Walaupun kedua suku ini bergaduh sekian pun dapat bersatu, mengapa kita yang tujuannya sama iaitu mendekatkan diri kepada Allah masih mahu bertegang urat?

Bersatulah dahulu, kemudian kita bina sama-sama negara Islam yang teguh wahai pejuang Allah.

Sunday, October 2, 2011

I want The Quran


Tadi saya pulang ke Puchong, tempat saya membesar. Pusing-pusing sekitar kawasan perumahan lama, untuk mengimbau kembali memori kanak-kanak. Namun niat sebenar untuk mengambil jeans yang dihantar untuk repair (malu la nk kata pergi kecikkan pinggang.bagi tahu repair jeans cukupla kan?haha). Tapi apakan daya, sampai di kedai tersebut, terlekat satu notis 'Keluar solat dan makan'.

Sementara menunggu abang repair jeans membuka semula kedai dia, saya pon pergilah menunaikan solat asar di surau yang mana tempat saya bersolat terawih semasa kecil-kecil dahulu (terawih la sangat kan...).Tanpa saya sedari, jemaah di sebelah saya adalah rakan saya semasa darjah 3 dahulu dan juga merupakan rakan bermain bola setiap petang satu ketika dahulu. Nama beliau Farhan.

Sudah lama saya tidak bertemu Farhan. Selepas UPSR, saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di STAR Ipoh, itulah kali terakhir kami berjumpa. Selepas SPM, beliau mendapat keputusan 10 A1. Namun apa yang membuatkan saya sangat kagum dengannya, beliau memilih untuk pergi ke Darul Quran dan mulakan pengajian menghafaz Al-Quran. Bagi saya, itu bukanlah berkara yang mudah untuk dilakukan, When the wolrd offer you everything, and you just say no.

Beliau merupakan seorang pemuda yang sangat bagus untuk dicontohi, sejak saya kenal beliau dari darjah tiga, dia memang solat berjemaah di surau setiap waktu dan merupakan anak yang baik.

Jika kita lihat dewasa ini, ramai manusia yang bila ditawarkan oleh kekayaan dunia mereka lupa terus dengan niat murni yang sedang mereka usahakan.

Zaman muda merupakan zaman yang paling seronok bagi setiap insan. Tapi ketahuilah zaman muda kita akan ditanya ketika di padang masyar nanti. Elok zaman muda, insyaAllah mudahlah kita di akhirat kelak.

Konklusinya, mampukah kita mengurangkan kebergantungan kita terhadap harta duniawi demi saham akhirat?

Friday, September 16, 2011

Kiranya Anakku Barrack Obama


Pandangan terhadap umat Islam bertukar apabila ekstremis Islam, Al-Qaeda menyerang World Trade Centre pada tahun 2001. 11 September baru-baru ini genap 10 tahun peristiwa hitam yang di ‘highlight’ oleh masyarakat dunia tentang keganasan umat Islam dan seterusnya melahirkan satu ketakutan sejagat terhadap umat Islam iaitu ‘islamophobia.’

Dari kaca mata konservatif umat Islam pula, ramai yang melabelkan Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Israel sebagai musuh ketat Islam. Mereka menceroboh negara-negara Islam dengan pelbagai alasan. Kemudian kekejaman yang mereka lakukan ditutup rapi dari kaca mata dunia.

Namun, pada 20 Januari 2009, tampak satu sinar baru dari politik negara Uncle Sam apabila Barrack Obama dilantik menjadi President Amerika Syarikat ke-44. Nama sebenar beliau Barrack Hussein Obama, dari namanya sendiri kita dapat melihat pengaruh Islam dalam dirinya.

Yang sebenarnya bapa Barrack Obama adalah muslim kemudian bila ibu bapa beliau bercerai ketika Obama berumur 2 tahun, ibunya berkahwin pula dengan seorang rakyat Indonesia yang juga beragama Islam bernama Lolo Soetoro. Barrack Obama dan ibunya serta bapa tirinya memulakan hidup baru di Indonesia semasa beliau baru berusia 6 tahun.

Saya ada satu persoalan untuk ditimbulkan ‘Bagaimana jika bapa Barrack Obama berjaya mengekalkan Islam dalam diri Barrack Obama?’.

Mungkinkah peperangan di timur tengah akan dihentikan? Adakah Palestin akan merdeka? Bagaimana pandangan masyarakat dunia terhadap Islam akan berubah? Ataupun boleh jadi Amerika Syarikat menjadi sebuah negara Islam.

Apa yang ingin saya tegaskan disini adalah kepentingan bekalan pendidikan agama Islam yang cukup dari seorang bapa kepada anaknya dan zuriatnya seterusnya. Kadang-kadang kita dapat melihat seorang ayah begitu aktif dalam jalan jihadnya untuk menegakkan Islam, namun anaknya di rumah menjadi liar dan langsung tidak mengikut jejak langkah bapanya.

Sepatutnya seorang bapa perlu sedar, yang zuriat mereka itu adalah amanah dari Allah, itulah Projek Jangka Masa panjang mereka untuk Islam. Siapa tahu anak yang mereka beri didikan agama yang cukup, kasih sayang yang sama rata akan menjadi seorang Khalifah dan antara figure penting dalam kebangkitan Islam di akhir zaman nanti.

Kita perlu sedar, untuk melahirkan seorang pemimpin Islam yang berwibawa bukannya mudah. Kita pasti pernah dengar tentang Sultan Muhammad al-Fatih. Seorang pemimpin yang berjaya membuka semula Kota Constantinople pada usia yang mud. Beliau merupakan seorang pemimpin yang disebut-sebut kemunculannya oleh Nabi Muhammad S.A.W. Tapi perlulah diingat, untuk melahirkan seorang pemimpin seperti Sultan Muhammad al-Fatih ini bukannya mudah, beliau merupakan generasi kerajaan Uthmaniyah yang ke-7 cuba membuka kota Constantinople.Bermakna niat untuk membuka kota Constantinople itu telah ditanam dalam diri keturunan mereka selama 7 generasi dan berbekalkan sifat tawaduk mereka sekeluarga kepada Allah, Alhamdulillah cita-cita mereka tercapai.

Jadi kepada bakal-bakal bapa, pilihlah untuk menjadi bapa seperti bapa Barrack Obama ataupun bapa kepada Sultan Muhammad al-Fatih?

Thursday, September 15, 2011

Restaurant Rohani


Islam sangat mementingkan ilmu. Dari sudut menuntut ilmu, berkongsi ilmu seterusnya mengamalkan ilmu yang diperolehi amatlah dititik beratkan dalam Islam. Selaraslah dengan hadis berikut :

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."

Kita selalu dengar perkataan ‘santapan rohani’ iaitu perkongisan ilmu yang dapat menambahkan keimanan seseorang terhadap Allah. Apa yang penting tentang santapan rohani ini kerana kita semua adalah manusia, tidak terlepas dari melakukan dosa. Oleh itu perlulah kita selalu diingatkan oleh mana-mana pihak tentang semua perkara tentang Pencipta kita.

Semasa singgah 1 hari semalam di Penang, saya tertarik melihat betapa bersepahnya kedai-kedai nasi kandar. Kesemua mereka cuba menarik pelanggan dengan papan tanda seperti “Original Recipe” ataupun ‘Resepi turun temuran’ da nada juga yang mempertaruhkan tahun kedai mereka dibuka seperti ‘Sejak 1945’.

Kini di Malaysia terdapat banyak pemuda-pemuda yang berjuang di atas jalan jihad untuk menyampaikan Islam kepada setiap rakyat. Ada sesetengah pihak terlalu bersifat assabiah dengan Jemaah mereka sehinggakan niat mereka yang hanya untuk menyampaikan ilmu tentang Yang Maha Esa telah menjadikan mereka taksub dengan diri mereka sendiri dan menyuruh pengikut mereka untuk hanya bergantung harap kepada mereka dari segi sumber ilmu, sumber rujukan mahupun kebajikan. Mereka ini boleh kita andaikan seperti kedai-kedai nasi kandar yang berada di Penang, setiap dari mereka menyediakan nasi kandar, dan cuba mengatakan mereka dapat menyediakan nasi kandar yang terbaik.

Bagi pendapat saya, kita sebagai pelanggan yang mahukan ilmu ataupun santapan rohani islamiah, kita berhak untuk mengaut segala macam juadah rohani yang dihidangkan oleh setiap Jemaah-jemaah asalkan mereka tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah. Jadi kepada sesiapa yang sangat laparkan santapan rohani, kautlah segala ilmu yang ada demi mendekatkan diri kita dengan Allah. Akhirnya, jangan berputus asa dalam menuntut ilmu!

Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bandingan apa yang Allah utuskan aku membawanya dari hidayat petunjuk dan ilmu pengetahuan, adalah sama seperti hujan lebat yang menimpa bumi, maka terdapat sebahagian dari bumi itu tanah yang subur, yang menerima dan menyedut air hujan itu, lalu menumbuhkan rumput dan tumbuh-tumbuhan yang banyak dan terdapat sebahagian daripadanya tanah-tanah yang keras yang hanya menampung air (tidak menyedutnya), maka Allah menjadikan dia bermanfaat kepada manusia, lalu mereka minum dan memberi minum serta mereka menanam (dan menjirus tanaman mereka); dan terdapat pula sebahagian daripadanya tanah-tanah yang lain, yang keadaannya hanyalah tanah-tanah rata yang keras yang tidak lekat air (sedikit pun), dan tidak dapat menumbuhkan rumput. Demikianlah orang yang mempunyai fahaman yang teliti dalam hukum-hukum agama Allah dan (bandingan orang) yang beroleh manfaat dari apa yang Allah utuskan aku membawanya, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain dan juga bandingan orang yang tidak hiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan) itu dan tidak mahu pula menerima pertunjuk Allah yang aku diutuskan membawanya."